ANGKA kematian dan kecederaan di jalan raya sepanjang Mudik Lebaran 2022 (balik kampung) di Indonesia dilaporkan turun secara signifikan berbanding 2019.
Data syarikat insurans Jasa Raharja pada Selasa lalu (3 Mei 2022) menunjukkan seramai 441 orang meninggal dunia dalam kemalangan, iaitu penurunan hingga 46 peratus berbanding 2019 (824 kematian).
BACA >>> Indonesia Benarkan Rakyat Balik Kampung Beraya dengan SOP Ketat
BACA >>> Balik Kampung Jakarta-Jogjakarta Cecah RM135, Tol Malaysia Lagi Murah!
Statistik kecederaan akibat kemalangan dilaporkan 3,194 orang, susut 22 peratus berbanding tempoh tiga tahun lalu (2019: 4,083 orang).
Data dibekalkan bermula 25 April-2 Mei 2022. Berikut statistik kemalangan maut mengikut kawasan:
PULAU JAWA
Wilayah Banten menyaksikan penurunan paling banyak kematian tahun ini berbanding 2019 iaitu 81 peratus. Jumlah maut 2022 ialah enam orang berbanding 31 orang (2019).
Peratus kematian di jalan raya di kawasan lain juga turun iaitu:
- Jakarta: 43 peratus
- Jawa Barat: 55 peratus
- Jawa Tengah: 61 peratus
- Jogjakarta: 76 peratus
- Jawa Timur: 34 peratus
BACA >>> Nak Buang Air Besar, Tapi Lebuh Raya Sesak Teruk, Pemuda Ini Nekad Jalan Kaki 5km!
Berbeza di Pulau Sumatera, ada dua daerah menunjukkan kenaikan angka korban iaitu Riau dan Sumatera Selatan sepanjang mudik Lebaran 2022.
- Riau: 6 kematian berbanding 5 kes (2019)
- Sumatera Selatan: 19 maut berbanding 15 kes (2019), naik 27 peratus
Situasi sama berlaku di Kalimatan Timur (Kaltim) dengan peningkatan angka kematian hingga 117 peratus berbanding 2019.
- 2022: 13 kematian
- 2019: 6 kematian
Tiada data 2020 dan 2021 kerana Kerajaan Indonesia tidak membenarkan mudik Lebaran disebabkan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19.
BACA >>> Bapa Ikat Anak dengan Kain Pelikat Balik KL dari Perak
BACA >>> #TahukahAnda: Perlukah Jalan Raya, Lebuh Raya Perlu Ada Halaju Minimum?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Minuman Paling Sesuai Kekal Segar, Berjaga ketika Memandu?
SUMBER: Kompas
Leave a Reply