• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Pasang Motosikal CKD di Kilang Volkswagen untuk Pasaran Argentina

Ducati Pasang Motosikal CKD di Kilang Volkswagen untuk Pasaran Argentina

May 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI mengumumkan perjanjian baharu dengan Volkswagen Group Argentina untuk memulakan aktiviti pemasangan beberapa jenis motosikal di kilang Volkswagen (VW) di Cordoba, Argentina.

Produk pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti Pusat Perindustrian Cordoba itu adalah untuk pasaran Argentika dan dijangka bermula sebelum akhir tahun ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu

Antara model motosikal Ducati yang akan dipasangkan di situ ialah Scrambler Icon kerana siri Scrambler menjadi produk paling laris di pasaran Argentina. Buat masa ini, ada tujuh pengedar Ducati seluruh Argentina yang menjual siri penuh model Ducati dan Ducati Scrambler.

Naib Presiden Jualan Global dan Servis Selepas Jualan Ducati, Francesco Milicia berkata;

Pasaran motosikal Argentina amat menarik. Kedudukan Ducati kukuh di negara itu dan mencatatkan hasil cemerlang iaitu volum (jualan) dan penguasaan pasaran.

“Di Argentina, kami boleh meletakkan harapan terhadap Volkswagen Group yang mengedarkan motosikal keluaran kami dan hubungan baik ini membantu kami mengambil langkah penting ini untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran.”

Sekadar makluman, Audi AG ialah pemilik Volkswagen dan membeli Ducati pada 2012. Ini kali pertama perjanjian pemasangan antara Ducati dan Volkswagen dimeterai. Perjanjian itu juga merealisasikan kewujudan kilang ketiga Ducati di luar Itali selepas Brazil dan Thailand.

BACA >>> Lebih 33k Kenderaan Dijual Sepanjang Acara BIMS 2022, Toyota, Yamaha Paling Laku!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Titik Buta Lori?
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Bawa Kucing Kesayangan Naik Kereta

SUMBER: RideApart

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Audi AG, Ducati, Francesco Milicia, Pusat Perindustrian Cordoba, Scrambler Icon, Volkswagen Group Argentina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my