• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 113 Maut Sepanjang Enam Hari Op Selamat 18, Motosikal Paling Tinggi!

113 Maut Sepanjang Enam Hari Op Selamat 18, Motosikal Paling Tinggi!

May 6, 2022 By Han Othman Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS merekodkan 113 kes kematian akibat kemalangan jalan raya seluruh negara sepanjang Op Selamat setakat kelmarin, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Menurutnya, sepanjang enam hari Op Selamat dilancarkan sejak 29 April lalu sempena Aidilfitri, 9,816 kemalangan dilaporkan berlaku seluruh negara.

BACA >>> Rider Maut Kemalangan Lupa Tutup Tongkat, Jenazah Dikatakan Berbau Kasturi

Pada hari pertama operasi, 2,140 kemalangan direkodkan dengan 10 kematian dalam 10 kemalangan maut, manakala hari keenam, 1,455 kemalangan membabitkan 24 kemalangan maut dengan 24 kematian.

Berikut pengkelasan pengguna jalan raya yang mencatatkan kemalangan maut tertinggi:

  • Penunggang dan pembonceng motosikal - 72 kematian
  • Pemandu dan penumpang kereta - 30 kematian
  • Pejalan kaki - 6 kematian
  • Pemandu dan penumpang van - 2 kematian
  • Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda - 2 kematian
  • Pemandu atau penumpang teksi - 1 kematian

Berikut senarai kes mengikut negeri:

  • Selangor - 2,160 kes
  • Johor - 1,372 kes
  • Perak - 982 kes
  • Kuala Lumpur - 875 kes
  • Pulau Pinang - 803 kes
  • Kedah - 659 kes
  • Pahang - 561 kes
  • Negeri Sembilan - 507 kes
  • Melaka - 405 kes
  • Kelantan - 484 kes
  • Sarawak - 319 kes
  • Sabah - 311 kes
  • Terengganu - 303 kes
  • Perlis - 75 kes

Jalan bandaran mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 3,876 kes, diikuti Jalan Persekutuan (2,148 kes), jalan negeri (1,937 kes) dan lebuh raya (1,043 kes).

Sepanjang tempoh itu juga 26,837 saman bagi enam kesalahan utama dikeluarkan kepada pengguna jalan raya dengan kesalahan memandu melebihi had laju mencatatkan saman tertinggi, 25,582 saman.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kemalangan Depan Mata, Apa Perlu Anda Lakukan?
BACA >>> Isteri 'Histeria' Tengok Dua Kemalangan Depan Mata, Suami Kekal Tenang

SUMBER: Bernama

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Kemalangan Jalan Raya Op Selamat 18, OP SELAMAT 18, PDRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev