• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG GT R Pelengkap Siri GT yang Penuh Kesempurnaan

Mercedes-AMG GT R Pelengkap Siri GT yang Penuh Kesempurnaan

December 27, 2016 By Han Othman Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-AMG GT R ialah antara model paling ditunggu-tunggu dengan mendapat banyak komen positif di kalangan jurnalis permotoran antarabangsa. Mercedes-AMG GT R ialah pelengkap kepada model AMG GT dan AMG GT S yang diperkenalkan lebih awal dan pastinya paling berkuasa antara ketiga-ketiga varian berkenaan. AMG-GTR dijadualkan berada di pasaran pada musim panas - Mac 2018 - tetapi kini sudah siap dipandu uji media-media permotoran seluruh dunia.

APAKAH MERCEDES-AMG GT R?

mercedes-amg-gtr-21
mercedes-amg-gtr-22

Senang cerita, model itu ialah versi trek kepada GT dan GT S dengan menampilkan enjin lebih berkuasa, casis diubah suai, badan lebar dengan rupa depan unik dan sentuhan belakang baharu berserta spoiler sebagai ciri khas yang membezakannya dengan varian lain.

Apa yang hebat mengenai Mercedes-AMG GT R ialah transformasi versi GT sebagai sebuah grand tourer sporty kepada supercar yang besar dan 'berat'. Seperti model asas, AMG GT R dibina atas platform aluminium yang melalui proses evolusi daripada arkitektur SLS.

Trenkuasa menerima versi naik taraf daripada pengecajturbo berkembar 4.0L V8 dengan ledakan kuasa 550hp.Dikatakan versi edisi istimewa bakal didatangkan dengan kuasa 600hp! Di atas kertas, lawan AMG GTR ialah Acura NSX, Audi R8 V-10, Ferrari 488GTB, Lamborghini Huracán, McLaren 570S, Porsche 911 GT3 RS.

Ramai pengulas memberikan reviu pemanduan sempurna dan hampir tiada kelemahan. Kalau ada kelemahan pun adalah kerana AMG membiarkan model sehebat ini terperam lama hingga musim panas 2018 sebelum berada di pasaran! Ya, setahun lebih lagi sebelum dapat melihat jentera ini di atas jalan raya.

SPESIFIKASI TERMAJU

mercedes-amg-gtr-23
mercedes-amg-gtr-24
mercedes-amg-gtr-25
  • Enjin buatan tangan AMG 4.0L V8 biturbo dengan pelinciran takung kering (dry-sump lubrication)
  • 577 hp and 700Nm
  • 0-100kmj dalam 3.5 saat
  • Kelajuan maksimum 318kmj
  • Stereng gandar-belakang aktif
  • Satu-satunya model AMG dengan kawalan traksi AMG 9-mod
  • Penggunaan gentian karbon pada bahagian penting untuk merendahkan pusat graviti dan menambah ketegaran torsi.
  • Aerodinamik aktif agresif yang digandakan dengan sistem penyejukan termaju.
  • Fender belakang dan depan lebar dengan masing-masing berukuran 46mm dan 57mm.
  • Warna baharu eksklusif, hijau dengan nama identik - AMG Green Hell Magno.
  • Muka baru AMG - gril Panamericana yang diilhamkan daripada pelumba AMG GT3
  • Paip ekzos tengah yang menonjol dengan standard Eksoz Prestasi AMG

GALERI

mercedes-amg-gtr-1
mercedes-amg-gtr-2
mercedes-amg-gtr-3
mercedes-amg-gtr-4
mercedes-amg-gtr-5
mercedes-amg-gtr-6
mercedes-amg-gtr-7
mercedes-amg-gtr-8
mercedes-amg-gtr-9
mercedes-amg-gtr-10
mercedes-amg-gtr-11
mercedes-amg-gtr-12
mercedes-amg-gtr-13
mercedes-amg-gtr-14
mercedes-amg-gtr-15
mercedes-amg-gtr-16
mercedes-amg-gtr-17
mercedes-amg-gtr-18
mercedes-amg-gtr-19
mercedes-amg-gtr-20

SUMBER:
The Telegraph
Mercedes-Benz

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: grand tourer, Mercedes AMG-GT, Mercedes-AMG, Mercedes-AMG GT R, Mercedes-AMG GT S, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev