• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Super Cruiser dari China, Brixton Thor GK 1000 (2022) dengan Ciri Premium, Harga RM33k

Super Cruiser dari China, Brixton Thor GK 1000 (2022) dengan Ciri Premium, Harga RM33k

May 2, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ramai pukul rata pengeluar motosikal dari China hanya mampu mengeluarkan model ciplak dan tidak berkualiti.

Sebenarnya pendapat itu tidak salah sepenuhnya, tetapi ada beberapa pengeluar dari republik komunis itu yang sudah mengorak langkah menghasilkan motosikal yang diterima pasaran luar negara. Salah satunya, Chongqin Gaokin Industry Co yang anda mungkin lebih mengenali jenama itu sebagai Brixton.

Barisan motosikal Brixton terdiri daripada beberapa model kapasiti kecil, tetapi pengeluar itu sudah mempamerkan model konsep 1200cc dinamakan Cromwell sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 di Itali untuk bersaing dengan barisan Triumph Bonneville.

Kini Brixton memperkenalkan Thor GK 1000 (2022) sebagai model power cruiser. Namun, Gaokhin tidak menggunakan enjin Cromwell, sebaliknya menggunakan enjin serba baharu bercirikan V-Twin 80º 997cc berkuasa 90hp, cukup untuk sebuah cruiser dengan kelajuan maksimum menjangkau 198kmj yang roda belakang dipacu tali sawat.

Pengeluar motosikal premium itu juga melengkapkan motosikal mereka dengan ciri aras tinggi seperti suspensi KYB, brek J Juan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Traksi (TCS), panel meter digital dengan fungsi Bluetooth. Sebagai makluman, jenama brek J Juan kini berada di bawah naungan Brembo.

Thor GK 1000 (2022) dijual di China pada harga AS$7,700 (RM33,520). Adakah model itu akan diimport ke Malaysia?

BACA >>> Bakal Prevé? Geely Binrui Cool (2022) Debut di China, Harga Anggaran RM52k!
BACA >>> Pelaksanaan SST: Harga SYM, Benelli, Keeway, SMSport dan Brixton Turun Hingga RM1,100

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Brixton, Brixton Thor 1000 (2022), Chongqin Gaokin Industry Co, EICMA 2021, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev