SATU video dramatik tular yang merakamkan suara seorang wanita menjerit takut ketika menyaksikan dua kemalangan berbeza depan matanya di Lebuhraya PLUS dekat Pedas Linggi, kelmarin (Isnin).
Dalam video kamera pemuka (dashcam) itu, awalnya sebuah trak pikap dipercayai terbabas dalam posisi menyongsang jalan di lorong kanan. Situasi tersebut menyebabkan kereta pemilik dashcam dan pemandu Perodua Alza di depannya terpaksa berhenti kecemasan.
Juga dapat dilihat Alza di depannya menyalakan lampu kecemasan.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta
Namun tidak sampai beberapa saat, muncul sebuah treler merempuh Alza dari belakang hingga menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu tergelincir ke depan dan melanggar pula trak pikap yang terbabas tadi.
Terkejut menyaksikan kemalangan itu membuatkan wanita dalam kereta dashcam tersebut menjerit dan menangis ketakutan sambil menggesa suaminya segera masuk ke tengah jalan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Alza di depan.
Mujurlah suaminya kekal tenang dan tidak gopoh, sebaliknya menyuruh si isteri bersabar sebelum menukar lorong. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Inilah sebab kuasa diberi kepada lelaki, tenang dan berusaha kawal keadaan. Pompuan dok meracau je, tambah teruk keadaan," kata Wan Sulaiman Wan Mansor.
"Pompuan kalau dah panik tak boleh bincang punya," kata HS Hma.
"Selalunya akan terjadi kemalangan bila isteri macam tu... Jadi kelam kabut nanti," kata Riz Nain Jr.
BACA>>> Bayi Enam Bulan Maut, Unser Potong Laluan Berkembar Langgar Saga
BACA>>> Jatuh Sebab Motor Hilang Kawalan, Dua Beradik Belasan Tahun Maut Dilanggar Lori
Leave a Reply