• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bentley Tambah 100 Jurutera, Lebih Separuh untuk Bidang Elektrikal, Perisian dan UX/UI

Bentley Tambah 100 Jurutera, Lebih Separuh untuk Bidang Elektrikal, Perisian dan UX/UI

May 28, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA masa kini banyak bergantung kepada sistem elektronik, apatah lagi jika dijana nadi elektrifikasi.

Sebelum ini sudah dibangkitkan tentang masa depan jurutera atau kakitangan yang biasa berlumur minyak hitam. Jawatan sebegitu masih diperlukan kerana industri automotif masih bergantung kepada teknologi pembakaran dalaman.

BACA >>> #RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok
BACA >>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

Pada masa sama, mereka yang belajar dalam bidang elektrikal dan setara kini mempunyai lebih peluang untuk berkhidmat dalam industri automotif. Tidak hanya bidang tersebut, mereka yang berada dalam industri bahasa juga diperlukan kerana pengeluar perlu mengalih bahasa sistem kawalan suara kepada bahasa tempatan.

Apa yang menarik dan tidak terbayang adalah perkhidmatan begitu diperlukan dalam industri automotif hari ini. Misalnya, pengeluar kereta mewah, Bentley Motors baru-baru ini menawarkan peluang kerja kepada 100 jurutera bagi mempercepatkan strategi Beyond100.

Strategi itu melibatkan perancangan Five-in-Five untuk Bentley melancarkan sebuah model elektrik baharu setiap tahun bermula 2025.

Tawaran jawatan itu adalah untuk bahagian kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mana lebih separuh dalam bidang elektrikal, perisian dan pengalaman pengguna (UX) serta antaramuka pengguna (UI).

Bentley juga mahukan pengurus rekabentuk dalam bahagian pembangunan dan validasi komponen serta keseluruhan kenderaan dan jurutera casis. Ini kerana dalam tempoh lapan tahun, Bentley sepenuhnya mahu menjual model elektrik kepada pelanggannya.

Buat masa sekarang, Bentley menawarkan Continental, Flying Spur dan Bentayga. Pada masa akan datang, jurutera mungkin tidak bermain dengan minyak hitam tetapi masih diperlukan untuk bahagian lain kerana kereta masa depan mempunyai banyak komponen mekanikal.

Selain mengejar teknologi elektrifikasi, Bentley sudah menyesuaikan cara kerja mengikut trend semasa. Penjawatan tersebut ditawarkan untuk ibu pejabat di Crewe, England dan Bentley kini sudah memperkenalkan kaedah kerja hibrid di pejabat dan di luar.

Dalam pejabat kejuruteraan baharu, Bentley menyediakan ruang kerjasama untuk menggalakkan interaksi dan perbincangan spontan dan kerja berpasukan. Perbincangan boleh dibuat menggunakan meja yang disediakan atau tanpa pejabat individu. Konsep sebegini juga menjimatkan ruang.

Tidak hanya pengeluar kereta mewah, Bentley turut diiktiraf sebagai majikan cemerlang. Pada awal tahun ini Bentley menerima anugerah Majikan Terbaik (Top Employer) dariapada Institut Majikan Terbaik (Top Employers Institute, TEI) untuk tahun ke-11 berturut-turut. Bentley diiktiraf melalui pendekatannya dalam kebajikan pekerja, nilai, etika, integriti dan fokus syarikat terhadap kelestarian, digitalisasi, kepelbagaian dan kerangkuman.

Buat masa ini, Bentley mempunyai sekitar 4,000 pekerja di Crewe.

BACA >>> Bentley GT Mulliner Blackline - Pakej Gaya Misteri dengan Enjin 6.0L Turbo Kembar!
BACA >>> Bentley Bentayga - SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!

Bentley GT Speed 1
Bentley HQ, Crewe England
Bentley Motors Heritage fleet additions - 1
Bentley Motors
Bentley Mulsanne Build (10)
Bentley Mulsanne V8 EOP - 1
Bentley Mulsanne V8 EOP - 4
Beyond100vacancies-1
Beyond100vacancies-2

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bentley, Bentley Motors, Beyond100, Tawaran Kerja Bentley

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev