• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bayi Enam Bulan Maut, Unser Potong Laluan Berkembar Langgar Saga

Bayi Enam Bulan Maut, Unser Potong Laluan Berkembar Langgar Saga

April 26, 2022 By Farah Leave a Comment

736
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan tiga kenderaan membabitkan Proton Saga FLX, Toyota Unser dan motosikal Honda Wave di KM75 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu, petang semalam.

Dalam insiden jam 4 petang itu, mangsa bayi Mohammad Qais Rizqi Shafiee, yang menaiki SagaFLX bersama keluarga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya, Nurul Ain Zulkarnain, 29, patah kaki kiri. Bapa mangsa dan dua anak lain, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun pula tidak mengalami kecederaan.

BACA >>> Skuter Jadi Sasaran Pencuri Itali, Honda Pilihan Utama

279048215_1058706291402970_1698811344465427471_n
279191515_1058706224736310_2717050812832488516_n

Siasatan mendapati punca nahas adalah apabila pemandu Unser memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Saga tersebut. Penunggang motosikal pula kebetulan berada di laluan Unser dan tidak sempat mengelak, sekali gus bergesel dengan Saga. Berdasarkan foto tempat kejadian, Unser tersebut dipercayai memotong di garisan berkembar.

Keluarga mangsa datang dari Padang Jawa, Klang (Selangor) dan sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang (Kelantan) ke Kuala Terengganu (Terengganu).

Sementara itu tular di media sosial mendakwa beg tangan mangsa kemalangan yang mengandungi pelbagai dokuman dan wang persiapan raya hilang dicuri.

Pemilik akaun Facebook, Zailawati Ngah memuat naik status di grup Warga Setiu memohon memulangkan semula beg tangan mangsa kerana menyukarkan proses daftar masuk hospital disebabkan ketiadaan sebarang dokumen. Kita doakan urusan keluarga mangsa itu dipermudahkan dan individu yang mengambil beg tangan tersebut terbuka hati memulangkannya kembali.

BACA>>> PLUS Keluar Cadangan Jadual Waktu Balik Raya, Mesti Ikut!
BACA>>> Kerajaan, Syarikat Konsesi Beri Tol Percuma, Diskaun hingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri!

SUMBER: BH Online

Related

736
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bayi kemalangan, kemalangan, kemalangan maut, Nahas Jalan Raya, Setiu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev