• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Keluar Cadangan Jadual Waktu Balik Raya, Mesti Ikut!

PLUS Keluar Cadangan Jadual Waktu Balik Raya, Mesti Ikut!

April 25, 2022 By Farah Leave a Comment

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Aidilfitri, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mencadangkan pengguna mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang ke Bandar bermula 29 April hingga 9 Mei ini, seperti berikut:

Pengguna dari Lembah Klang
  • 29 April - 9 Mei:
    • Yang mahu pulang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, diminta masuk lebuh raya sebelum jam 10 pagi.
    • Yang mahu pulang ke negeri lain selain di atas, diminta masuk lebuh raya selepas jam 1 petang.
Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan Negeri Lain
  • 05 - 09 Mei:
    • Yang mahu balik semula ke Lembah Klang, diminta masuk lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menjangka dua juta kenderaan, iaitu peningkatan 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kerana ini kali pertama rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri selepas dua tahun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Malah, kajian mendapati tempoh perjalanan akan jadi lebih panjang jika berdegil enggan mematuhi jadual TTA.

Pada masa sama, PLUS menasihati pengguna supaya memandu berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas dan pastikan kereta dalam kondisi baik. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, aplikasi mobil PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih dan mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran radio utama.

BACA>>> HLYM Lancar Kempen Balik Kampung Yamaha di Petronas, Periksa Motor Percuma!
BACA>>> Tiada SJR Di Melaka Pada Syawal Elak Traffik Lagi Teruk

Related

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balik Kampung, Hari Raya Aidilfitri 2022, Jadual  Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Plus Malaysia, PLUS Malaysia Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev