• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bikin Tepuk Dahi, Penunggang Sondol Motor Depan, Lancer Sebelah Pula Disalahkan!

Bikin Tepuk Dahi, Penunggang Sondol Motor Depan, Lancer Sebelah Pula Disalahkan!

April 25, 2022 By Farah Leave a Comment

869
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKSI seorang penunggang KTM menyondol motosikal di depannya hingga menyebabkan penunggangnya terjatuh membuatkan netizen geleng kepala.

Apa tidaknya, penunggang KTM itu  jelas menunggang agak laju di laluan lalu lintas sesak hingga gagal mengelak motosikal di depan. Lucunya,  pemandu Mitsubishi Lancer sebelah pula yang disalahkan.

BACA >>> Laju Sangat, Treler Beri 'Double Signal' Pun Tak Nampak! Viva Terbalik Dilanggar Belakang

Insiden itu kebetulan dirakamkan kamera pemuka (dashcam) dan dikongsikan Rozlan SaLea di grup Facebook Dashcam Owners Malaysia.

Kelam kabut la mamat dengan motor KTM tu, jauh dari belakang aku dengar ko dok 'ramp' ekzos motor ko dengan suasana jalan sesak. Alih-alih ko langgar orang depan, (sape kenal mamat ni?)," kata Rozlan SaLea.

Berdasarkan klip video itu, penunggang tersebut boleh dianggap menunggang melulu hingga terlanggar penunggang wanita di depan yang sedang bergerak perlahan kerana lalu lintas sesak. Pada masa sama, pemandu Lancer di sebelah menyalakan lampu signal belok untuk menukar lorong ke kiri.

Mungkin untuk mengelakkan rasa bersalah, penunggang KTM itu bertindak memarahi pemandu Lancer tersebut. Juga dikongsikan foto penunggang wanita yang cedera kaki.

Apa dosa kereta Lancer tu? Ha ha ha hah, adoii," kata Fata Frumoasa.

"Yang tak faham, awat dia marah kereta tu? takde salah apa pun kereta tu. Hahaha," kata Snower Rewons.

"Ko nak marah kereta tu lak. ko yang sodok kak tu," kata Ariff Asyraf.

BACA >>> Penunggang Tersangkut dengan Motor, Pokok Tumbang di PLUS Senawang
BACA >>> Kymco KRV 180i DDS (2022) Sedia Cabar Yamaha NMAX, Harga RM13k

Related

869
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan motosikal, Lancer, motor KTM, Sodok motosikal depan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev