• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Main Brek Tangan, Budak 10 Tahun Maut Cuba Tahan Kereta Mengundur

Main Brek Tangan, Budak 10 Tahun Maut Cuba Tahan Kereta Mengundur

April 25, 2022 By Farah Leave a Comment

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG kanak-kanak perempuan maut digilis Proton Wira yang sedang mengundur kerana cuba menahan kenderaan itu di rumahnya di Kampung Keledang, Kuala Ketil, Baling, Kedah, Sabtu lalu.

Dalam nahas jam 2 petang itu, mangsa, Aisyah Amani Amirrudin, 10, dilaporkan terperosok di bawah Wira milik keluarganya.

Sebelum insiden, mangsa dikatakan bermain dalam Wira itu bersama adiknya dan dipercayai melepaskan brek tangan hingga menyebabkan kereta tersebut mengundur. Mangsa yang cemas terus berlari menahan kereta itu, sekali gus menyebabkannya  tergilis.

Mangsa, yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK)  Tawar mengalami pendarahan kepala dan patah tulang tengkorak. Insiden berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama bapa saudara dan tiga adik-beradik lain berusia antara 7 dan 15 tahun, manakala bapa dan nenek mangsa tiada di rumah.

Bapa saudaranya menyedari kejadian itu selepas mendengar anak saudaranya menjerit memberitahu mangsa berada di bawah kereta. Dia kemudian pantas menolak kereta ke hadapan dan membawa anak saudaranya itu menggunakan van ambulans swasta milik tempat kerjanya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di Sungai Petani.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital dan dibawa Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan mati mengejut dan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa dan tiga adik-beradik lain tinggal di rumah neneknya selepas ibu mereka berkerja di Sabah sejak dua tahun lalu.

BACA>>> Polis Kenal Pasti, Buru Pemilik Ferrari Samseng Belasah Pemandu X70
BACA>>> Merasa Naik Kancil dengan Duit KWSP

Related

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, brek tangan, kemalangan, kereta undur, maut digilis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev