• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!

#TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!

May 14, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI kenderaan elektrik (EV) hari ini sedang rancak berjalan dengan satu persatu model baharu dilancarkan selain pengumuman pelaburan besar-besaran.

Teknologi EV sebenarnya bukan baru dan apa disaksikan sekarang ini adalah himpunan idea dan inisiatif berdekad dulu. Sebagai contoh, Volkswagen sudahpun memulakan projek van elektrik sejak era 1970-an lagi.

BACA >>> Volvo XC40 Recharge Pure Electric (2022) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga Mula RM262k!

Kisahnya begini, Ketua Jabatan Penyelidikan Masa Depan Volkswagen, Adolf Kalberlah merekabentuk sistem pacuan elektrik pertama pada 1970. Dua tahun kemudian,  prototaip T2 Bulli dengan motor elektrik di belakang diperkenalkan.

T2 Bulli memiliki berat 2.2 tan dengan bateri 880kg berkapasiti 21.6 kWh. Sebagai perbandingan, model ID.Buzz yang baru dilancarkan Volkswagen mempunyai kapasiti bateri 77kWh dengan berat hanya 500kg. Model elektrik klasik itu boleh dikatakan menjadi asas kepada ID.Buzz selepas lima dekad kemudian yang juga sarat dengan elemen rekabentuk van klasik itu.

Model elektrik awal itu diubah suai daripada T2 biasa dan bukan platform khas EV. Maknanya, ia susah untuk dipasangkan bateri di bawah van, sebaliknya ditempatkan di lantai belakang dan boleh ditanggalkan jika perlu.

Sebagai perbandingan, ID.Buzz (foto atas) dibina berasaskan platform Pacuan Elektrik Modular (MEB) yang dibangunkan Volkswagen Group, membolehkan set bateri dipasangkan secara sandwic di lantai yang turut menyumbang kepada pusat graviti rendah dan dinamik selain memberikan esktra ruang kabin.

Satu inovasi dalam pasaran EV masa kini ialah bateri boleh ganti yang banyak digunakan motosikal elektrik. Berdekad lalu, Volkswagen sudahpun mempunyai idea sebegitu. Tahukah anda jarak pemanduan T2 elektrik adalah sekitar 85km tanpa perlu menunggu lama untuk mengecas.

Model klasik Volkswagen T2.

Pada 1978, ujian melibatkan tujuh unit T2 dijalankan di Berlin dengan stesen penukaran di daerah Tiergarten. Pasukan jurutera hanya memerlukan lima minit menggantikan bateri yang kosong dengan bateri cas penuh.

Van moden, ID.Buzz pula mempunyai kapasiti pengecasan 170kW dan menerusi pengecasan pantas mengambil anggaran masa mengecas 5-80 peratus kira-kira setengah jam.

Satu lagi teknologi canggih digunakan pada T2 elektrik ialah sistem pengembalian semula tenaga. Tenaga kinetik dihasilkan ketika membrek dan digunakan untuk mengecas bateri. Teknologi tersebut sudah digunakan pada era 1970-an dan kini ditambah baik dan sistem pada ID.Buzz mampu meningkatkan jarak hingga 20 dan 30 peratus.

Jika dibandingkan dari segi teknologi antara T2 Bulli elektrik dan ID.Buzz memang jauh seperti boleh parkir sendiri, arahan suara dan pelbagai teknologi moden lain.

Apa yang jelas, T2 Bulli elektrik menjadi perintis kepada teknologi yang Volkswagen nikmati hari ini. Bayangkan, sejak 1972 sudah ada prototaip van elektrik ketika banyak negara masih sibuk memasang atau menyiapkan infrastruktur elektrik. Dalam erti kata lain, pada masa itu ada negara baru saja menikmati tenaga elektrik di kediaman masing-masing.

BACA >>> SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k
BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Enjin, Platform Ford Ranger!

Related

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Pacuan Elektrik Modular (MEB), Volkswagen, Volkswagen ID. Buzz, Volkswagen T2 Bulli, Volkswagen T2 Bulli Electric, Volkswagen T2 Bulli Electric Prototype, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my