MUNGKIN ada menganggap tiada kes buli jalanan melibatkan pemandu atau pemilik kereta mewah. Namun, kewujudan gajet seperti kamera pemuka (dashcam) dan telefon pintar hari ini mendedahkan golongan kayangan juga tidak terlepas daripada melakukan buli jalanan.
Contohnya insiden membabitkan pemandu Ferrari didakwa memukul pemandu Proton X70 beberapa hari lalu, ditularkan pemilik akaun Twitter Aqil Danish Azman @qiltinho yang juga pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.
help me rt! i need the videos where he beat me up last night for the strong additional evidence. thank you again 😇 pic.twitter.com/sPjlnS6NgU
— aqil. (@qiltinho) April 19, 2022
Aqil mendakwa dipukul pemandu Ferrari selepas keluar berbincang Ferrari suspek tiba-tiba mengundur dan melanggar depan SUV miliknya di lampu isyarat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dia kemudian mengekori supercar itu hingga mereka berdua berhenti di depan satu kedai di Jalan Raja Abdullah.
Apabila dia keluar untuk berbincang, suspek pemandu Ferrari enggan mengaku menyebabkan perlanggaran itu. Malah, pemandu Ferrari juga bertindak mengugut, merampas telefon dan mencampakkan telefon bimbitnya, termasuk mengcekik dan menumbuknya hingga terjatuh dan cedera buku lali kiri, siku dan badan.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Chow Kit. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya diarahkan Timbalan Pendakwa Raya meneruskan siastan berhubung kes berkenaan, dan beliau juga meminta mana-mana pihak yang sempat merakam adegan itu tampil membantu siasatan.
Butiran suspek (pemandu Ferrari) sudah diperoleh dan tindakan lanjut sedang diambil," kata Noor Dellhan.
Leave a Reply