• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Sunroof vs Moonroof yang Serupa Tapi Tak Sama

#TahukahAnda: Sunroof vs Moonroof yang Serupa Tapi Tak Sama

December 24, 2016 By Han Othman 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK kenderaan moden masa kini sudah siap menawarkan ciri panel tingkap di bumbung yang dirujuk kebanyakan kita sebagai bumbung suria (sunroof) atau bumbung bulan (moonroof). Fungsinya, tidak lain dan tidak bukan adalah mendapatkan limpahan cahaya dan udara segar dari luar.

Tetapi tahukah anda apakah perbezaan antara sunroof dan moonroof? Ada sesetengah kita mendakwa kalau tingkap bumbung itu boleh dibuka, ia disebut sunroof dan begitulah sebaliknya. Betulkah atau kurang tepat? Tidak mengapa, kami akan cuba jawab kemusykilan anda.

1. BUMBUNG SURIA

bumbung-matahari
Menurut Kelly Blue Book (KBB), sunroof asasnya adalah sebarang panel atas bumbung kereta yang membenarkan cahaya, udara atau kedua-duanya masuk ke dalam kenderaan, tetapi hanya jika panel itu dibuka.

Menurut Open Road Auto Group, kebiasaannya sunroof terdiri daripada dua jenis panel: satu panel mungkin dibuat daripada logam atau material sama dengan siling kereta, dan boleh ditarik balik (retracted) untuk mendedahkan panel kaca di atas. Satu lagi panel pula diperbuat daripada kaca yang boleh dibuka miring atau ditarik balik sepenuhnya dan cara digunakan adalah seperti membuka tingkap di bumbung.

Hari ini, banyak kenderaan menawarkan pelbagai pilihan sunroof kepada pembeli. Menurut Sunroof.org, senarai berikut ialah contoh jenis sunroof yang ada di pasaran masa kini:

1(a). MIRING-DAN-LUNGSUR (TILT-AND-SLIDE)

tilt-and-slide-sunroof
Juga dipanggil spoiler sunroof, bumbung jenis ini dibuka miring untuk mendapatkan pengudaraan atau boleh dibuka lungsur, dan berdiri di atas bumbung. Majoriti sunroof jenis ini beroperasi secara automatik, dan dapat berfungsi baik dalam kereta berbumbung singkat atau pendek yang tidak dapat memuatkan sunroof jenis lungsur.

1(b). LUNGSUR ATAS (TOP MOUNT SLIDER)

top-mount-slider
Sunroof ini terdiri daripada panel kaca besar dan duduk dalam trek atas bumbung, dan juga dibuka lungsur di atas bumbung. Ini memberikan ruang kepala maksimum kepada penumpang.

1(c). POP-OUT

pop-out-sunroof
Sunroof jenis ini dibuka-tutup secara manual dengan panel miring biasanya daripada kaca. Sunroof ini sengaja dimiringkan bagi membolehkan pengudaraan, atau boleh juga ditanggalkan sepenuhnya untuk membuka bumbung kereta.

1(d). RAG-TOP

rag-top-sunroof
Sunroof besar ini pula diperbuat daripada fabrik dan dibuka secara lipatan (lihat foto atas). Ini memberikan pengalaman pemanduan seakan kereta konvertibel.

2. BUMBUNG BULAN

https://www.suzukipusatbandung.com/wp-content/uploads/2015/09/mooroof.jpg
Bumbung bulan (moonroof) boleh juga dianggap sebagai sunroof kerana berkongsi karakter sama, iaitu membolehkan cahaya dan udara masuk ke dalam kabin kenderaan. Namun, kedua-dua bumbung itu ada perbezaan karakteristik dari segi material dan fungsi.

Seperti dinyatakan KBB, moonroof secara umum terdiri daripada panel kaca digelapkan (tinted) yang tidak ubah seperti tingkap tambahan atas bumbung. Moonroof biasanya boleh dimiringkan untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam kabin, tetapi tidak dapat dibuka penuh - dilungsurkan - seperti sunroof.

moonroof-shade
Seringkali, menurut KBB, moonroof akan memuatkan panel penapis atau pelindung gelongsor dalaman (foto atas) untuk menghalang cahaya terik masuk ke dalam kabin. Sunroof.org mendakwa moonroof kebiasaannya ditawarkan pada kenderaan mewah yang mana panel gelongsor boleh dimuatkan penuh sepanjang bumbung.


Walaupun sunroof dan moonroof nampak serupa, sememangnya ada perbezaan antara kedua-duanya. Apabila anda mahu membeli kereta baharu, sila pertimbangkan perbezaan tersebut dan buat pilihan terbaik yang sesuai dengan cita rasa sendiri.

SUMBER: AllstateInsuranceCompany 

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, bumbung bulan, bumbung matahari, bumbung suria, moonroof, perbezaan moonroof dan sunroof, sunroof

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev