• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Merasa Naik Kancil dengan Duit KWSP

Merasa Naik Kancil dengan Duit KWSP

April 22, 2022 By Farah Leave a Comment

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUARAN khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula diagihkan sejak 18 April lalu nyata memberi sinar baharu buat orang ramai yang terjejas kewangan, termasuk mereka yang tidak berkemampuan.

Bagi keluarga kecil ini, ia satu rahmat apabila dapat memiliki Perodua Kancil terpakai yang dibeli sebaik saja mendapat wang KWSP. Perkara itu didedahkan ibu kepada dua anak, Eyka @hello_eyka  dalama akaun TikToknya yang tular sejak semalam.

@atikah_la_la_larezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊♬ Tetap Disini - Maulana Ardiansyah

Video itu mengundang sebak netizen, tambahan lagi ketika melihat reaksi anak kecilnya yang gembira dihantar ke sekolah menaiki kereta.

@atikah_la_la_laharini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu - Yudha Paramata

Dalam komen, Eyka memberitahu dia baru merasa memiliki kereta ini kerana sebelum ini hanya menaiki motosikal sebagai pengangkutan utama.

Pendedahan itu mengundang perhatian kaum hawa, yang turut berkongsi kepayahan dilalui, tetapi pada masa sama mendoakan keluarga Eyka dimurahkan rezeki.

Kereta Kancil la permulaan hidup saya dengan suami masa anak seorang, Sekat perut demi keselesaan anak," kata Umie Yusof.

"Tengok komen ingat kita paling susah. Tapi ada yang lagi susah. Semoga semua dimurahkan rezeki," kata Nabila.

"Suami saya pun beli kereta dengan duit KWSP.. banyak hikmah di sebalik Covid. Syukur sangat, rezeki anak-anak," kata pelangiimpian (yna).

"Doakan aku dapat beli kereta juga. Penat dah asyik berbasah," tulis Suraya.

"Alhamdulillah.. saya pun dapat beli Kancil guna KWSP. Kesiankan anak. Hujan panas naik motor," kata Bella Ahmad.

BACA>>> Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata
BACA>>>3 Tahun Tak Jumpa, Detik Dua Beranak Jumpa di Pandu Lalu Mc'D Buat Netizen Terharu

Related

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beli kancil guna kwsp, kancil, Kereta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev