• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kymco KRV 180i DDS (2022) Sedia Cabar Yamaha NMAX, Harga RM13k

Kymco KRV 180i DDS (2022) Sedia Cabar Yamaha NMAX, Harga RM13k

April 21, 2022 By Shawkath 1 Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR sebulan lalu, Kymco memperkenalkan model skuter yang pernah dianggap sebagai ‘pembunuh Yamaha NMAX’ dengan kuasa enjin 180cc dan sarat teknologi keselamatan termaju seperti Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Skuter itu ialah KRV 180i (2022) yang sepatutnya tiba di bilik pengedar Kymco Filipina bulan depan oada harga anggaran jualan 189,900 peso (RM15,550).

BACA >>> Kymco F9 - Skuter Elektrik dengan Swingarm Sebelah, Cas Penuh Boleh Tunggang 120km

Bagaimanapun, masalah kekurangan mikrocip sebagai komponen utama dalam pembuatan sistem komputer untuk kawalan ABS dan TCS membuatkan KRV 180i gagal dijual di Filipina hingga kini. Sebagai alternatif, Kymco menampilkan versi DDS dengan bayangan KRV 180i dan dijual bermula Disember lalu.

DDS vs KRV 180i

  • Harga jualan KRV 180i DDS ialah 168,800 peso (RM13,850).
  • Ada empat warna pilihan: Scorching White (putih), Snow Peak Silver (perak),  Indigo Sea Blue (biru) dan Ether Black (hitam).
  • Versi DDS boleh dianggap model asas KRV 180i dan menggunakan trenkuasa sama, berkapasiti 175.1cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 16.7hp dan tork 16Nm. Ini juga skuter paling berkuasa dalam kelas 200cc.
  • Model KRV 180i DDS dilengkapi swingarm sebelah aloi, sistem transmisi kuasa matriks, suspensi KSS (KYMCO Suspension System) dan frem rigid.
  • Menggunakan lampu LED penuh, panel meter digital LCD, slot pengecas USB, tetapi tiada sistem penghidup tanpa kunci.
  • Sistem brek cakera di depan dan belakang. Bagaimanapun, DDS tiada sistem ABS dan TCS disebabkan faktor kekurangan bekalan mikrocip.

BACA >>> Kymco KRV 180 Lancar, Skuter Maksi Urban dengan Gaya Sporty!
BACA >>> Kymco KRV 175 (2021) - Skuter Maksi Pertama dengan Pacuan Tali Sawat Terbuka, Swingarm
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022

SUMBER: MotoPinas

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kymco, Kymco KRV 180 DDS, Kymco KRV 180i, roda2, skuter advencer, skuter maksi

Comments

  1. Nellaznal says

    April 28, 2022 at 7:07 AM

    Mantap. Kymco lantai rata. Mmg semua terciduk.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my