AKSI seorang wanita menunggang motosikal besar terjatuh di lampu isyarat tular di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video itu dimuat naik penunggang wanita itu sendiri dalam akaun Tiktoknya, Hudaaziz_91 dengan mendapat tontonan lebih tiga juta orang.
@hudaaziz_91 Jatuh Bangun Itu Biasa.. Bangkit semangat & terus Berjalan! 😊✌️ #z9 #ladybike #kawasaki #shoei #insta360onex2 ♬ Oh No - Kreepa
Dalam video itu, wanita itu sedang berhenti di lampu isyarat. Bagaimanapun apabila lampu bertukar hijau dan mula bergerak, dia tiba-tiba hilang keseimbangan dan terjatuh ke sebelah.
Mujurlah ada seorang penunggang lelaki di belakangnya datang membantu mengangkat motosikalnya.
@hudaaziz_91 Reply to @natashaaudadi dia ada niat nak tolong jugak tuu.. Siap dh stand tongkat balik.. Tp tak jadi sbb abg pakai baju iron maiden lagi laju bertindak 😅✌️#kawasaki #ladybike #z900kawasaki #insta360onex2 ♬ original sound - Nurulhudaaziz
Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong minatnya bermotosikal besar, tetapi tidak kurang pula menasihatinya supaya menunggang motosikal mengikut saiz badan yang sesuai.
Belilah motor yang sama panjang kaki agar terhindar dari hal-hal tidak diingini," kata Febria Ria.
"Besar sangat motornya," kata Yudha XBONE.
"Ini kalau lelaki yang jatuh auto jadi kenangan yang paling malu dalam sejarah hidup," kata m.ronorz.
BACA>>> Moto Morini Sedia Lancar Seiemmezzo STR, SCR (2022), Bakal Masuk Malaysia
BACA>>>MBPP: Tiada Lesen Dikeluarkan untuk e-Skuter Pulau Pinang
Leave a Reply