MUNCUL khabar angin mendakwa pelumba WithU Yamaha RNF, Andrea Dovizioso mungkin direhatkan dan digantikan dengan Jake Dixon sebagai pelumba baharu YZR-M1.
Desas-desus itu dikaitkan dengan prestasi Dovizioso yang kurang memberangsangkan apabila bergelut mencapai keputusan terbaik sejak awal musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2022. Beliau kini hanya mengutip tiga mata selepas menamatkan perlumbaan GP Qatar di tangga ke-14 dan ke-15 di Austin, Amerika Syarikat.
BACA >>> PETRONAS Sprinta Racing Pilih Dixon Sebagai Pelumba Moto2 Musim 2020!
Portal Speedweek melaporkan, bos WithU Yamaha RNF, Datuk Razlan Razali mahukan Dovizioso kekal dalam ranking 10 ke atas, sekali gus memberikan tekanan ke atas Naib Juara dunia tiga kali itu.
Razlan berkata;
Adalah amat penting untuk mereka mengumpul sebanyak mata yang mungkin. Dia (Dovizioso) harus beri sepenuhnya (usaha) dan mula bersaing dengan pelumba terbaik dan menjadi salah seorang dalam senarai 10 teratas.”
Prestasi semasa Dovizioso turut menyebabkan pengurus WithU Yamaha RNF MotoGP, Wilco Zeelenberg meluahkan kekecewaan;
Bersaing dengan Franky (Franco Morbidelli) untuk poin akhir adalah terbaik, tetapi berada 29 saat di belakang juara adalah agak melampau. Kita perlu kerja keras untuk mengurangkan jurang itu."
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma tenaga, WithU, Matteo Ballerin pula yakin Dovizioso mampu berada dalam ranking ketiga teratas dunia, manakala Razlan pula mengharapkan keputusan lima teratas.
Mengenai desas-desus mengenai menukar pelumba lain, Razlan berkata;
Tidak ada secebis kebenaran dalam khabar angin itu.”
BACA >>> WithU Yamaha RNF Team Tayang Jentera Lumba di Itali, Bakal Debut di Sepang
BACA >>> Racing Boy (RCB) Taja Yamaha RNF MotoGP Team Tiga Musim, Mula Tahun Ini
BACA >>> RNF MotoGP Racing Bukan 'Razlan and Friends' Tapi....
BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026
Leave a Reply