• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Akuasatah (Aquaplaning), Punca Pemandu Terbabas Ketika Hujan?

#TahukahAnda: Apakah Akuasatah (Aquaplaning), Punca Pemandu Terbabas Ketika Hujan?

May 3, 2022 By Farah Leave a Comment

712
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda mengalami masalah kenderaan tiba-tiba susah dikawal dan tergelincir dari laluan dipandu ketika hujan?

Situasi itu digelar akuasatah (aquaplaning, hydroplaning). Fenomena tersebut berlaku apabila tayar kereta hilang cengkaman disebabkan kehadiran lapisan air antara tayar dan permukaan jalan. Situasi berkenaan membuatkan kereta rasa terapung dan tayar gagal mematuhi input pemandu seperti kawalan stereng ketika membelok, lurus atau sedang membrek.

BACA>>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan
BACA>>> Mendebarkan!!! Video Pemandu Rempuh Sekawan Lembu Tengah Lebuh Raya

Insiden itu kerap berlaku ketika hujan yang turut menjadi antara punca nahas kemalangan. Antara tanda yang menunjukkan kereta anda mengalami situasi akuasatah adalah:

  • Meter RPM tetiba melonjak tinggi.
  • Enjin berbunyi kuat.
  • Stereng jadi ringan
  • Bahagian belakang kereta tiba-tiba menggelincir seakan sedang mendrift
  • Kereta dipandu terbabas arah lain

PUNCA AKUASATAH

  • Memandu Terlalu Laju

Apabila kenderaan terlalu laju, risiko kereta terangkat adalah lebih tinggi hingga menyebabkan tekanan permukaan tayar pada lopak air berkurangan.

  • Berat Kereta Ringan, Tidak Sekata

Kereta dengan berat tidak sekata lebih mudah mengalami akuasatah. Misalnya, kenderaan pacuan empat roda (4x4) atau trak pikap lebih berat di depan, sebaliknya lebih ringan di belakang.

  • Keadaan Tayar KurangBaik

Sentiasa periksa ketebalan bunga dan tekanan angin tayar. Tayar baharu memiliki ketebalan 8mm, manakala tayar dengan minimum 1.6mm boleh menyebabkan akuasatah.

Apabila tekanan angin kurang, tayar jadi lembik dan lebih mudah menggelincir. Selain itu, tayar lebar juga lebih mudah mengalami akuasatah berbanding tayar kurang lebar.

  • Permukaan Jalan

Permukaan jalan berlekuk atau berlopak dalam juga boleh menyebabkan akuasatah kerana komposisi air yang dalam.

Jadi, pastikan sentiasa periksa tayar kereta anda dan pandu perlahan ketika hujan. Paling penting, jangan membrek atau memusingkan stereng secara tiba-tiba kerana lebih memudahkan kereta terbabas. Jika perlu membrek, tekan dan lepas brek berulang kali dan perlahan.

Bagaimanapun, kereta dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) boleh membrek secara normal.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

Related

712
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Akuasatah, aquaplaning, autotainment, hujan, Hydroplanning, Kereta, memandu dalam hujan, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev