• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?

Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?

May 11, 2022 By Azhan O Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini ramai yang sudah biasa dengan kehadiran kenderaan mesra alam seperti hibrid dan elektrik (EV), termasuk sedia maklum dengan istilah seperti kereta elektrik hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV), elektrik sel bahan api (FCEV) dan berasaskan bateri (BEV).

Toyota adalah antara pengeluar yang agresif membangunkan sumber tenaga alternatif yang lebih mesra alam untuk kenderaan selain bahan api fosil. Malah di Malaysia sendiri, UMW Toyota Motor (UMW Toyota) pernah menyatakan komitmen mahu mengubah lanskap automotif tempatan menerusi teknologi hibrid (HEV). Kenapa HEV dan bukan elektrik penuh?

Sebelum itu mari kita fahami dulu apakah itu HEV?

BACA >>> #Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)

APAKAH HEV?

HEV ialah kenderaan yang dijana enjin pembakaran dalaman (ICE), motor elektrik dan pek bateri. Kereta HEV juga dipanggil kereta hibrid dan setiap pengeluar memiliki asas pembangunan sama menggunakan tiga komponen utama itu, cuma berbeza konfigurasi enjin. Toyota misalnya membangunkan model hibrid berasaskan dua unit motor elektrik.

Sebagai kenderaan dwi-tenaga (dual-power) yang cekap tenaga, kereta hibrid menawarkan pemanduan dan prestasi lebih baik, termasuk  memberikan jarak pemanduan lebih jauh sebelum mengisi semula bahan api.

BAGAIMANAKAH HEV BERFUNGSI?


Sistem hibrid menggunakan motor elektrik apabila pedal diinjak untuk bergerak, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan bahan api, dan memberikan pemanduan lebih lancar dan menjimatkan.

Sistem Toyota HEV berfungsi memantau kondisi pemanduan sebelum menggabungkan kuasa motor elektrik dan enjin apabila diperlukan. Misalnya, apabila kereta HEV berhenti sekejap di lampu isyarat, sistem secara automatik akan mematikan enjin untuk mencegah pembaziran minyak.

Kenderaan HEV membantu menjimatkan kos bahan api, dan membolehkan pemandu menikmati penggunaan petrol lebih cekap berbanding kereta ICE dalam segmen sama.

KELEBIHAN KERETA HEV DI MALAYSIA

  • Tidak perlu berhenti untuk cas semula bateri.
  • Tidak perlu stesen atau infrastruktur pengecasan semula bateri.
  • Tidak perlu bimbang kuasa bateri habis, terkandas di jalanan atau pergerakan terbatas.
  • Harga kereta hibrid biasanya lebih mahal 10 peratus daripada kereta konvensional (ICE), tetapi masih murah berbanding kereta elektrik penuh.
  • Harga BEV pula lebih mahal daripada hibrid jika dilihat pada beberapa pasaran asing.

BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!

MASALAH SISTEM BUKAN HIBRID DI MALAYSIA

  • Sistem PHEV masih memerlukan stesen cas (walaupun bukan diwajibkan) untuk mendapat tahap kecekapan penggunaan tenaga terbaik.
  • Sistem BEV (atau kereta elektrik penuh) pula memerlukan masa 60 minit hingga beberapa jam untuk mengecas bateri, dan ada halangan jarak perjalanan
  • Sistem FCEV memerlukan infrastruktur hidrogen.

APA BERBEZA?

Berikut perbezaan dan dan kelebihan sistem hibrid Toyota (Toyota HEV):

  • Prestasi dan operasi trenkuasa Toyota HEV tidak melibatkan operasi banyak komponen lain seperti enjin konvensional.
  • Toyota HEV menggunakan unit kawalan kuasa ringan, kompak dan terbukti lebih efisien, serta dilengkapi transgandar dan unit motor untuk mencapai kecekapan bahan api.
  • Ada dua pek bateri dalam model hibrid Toyota, iaitu:
    • Bateri kompak ringan Ni-MH voltan tinggi - berfungsi menggerakkan kenderaan berasaskan motor elektrik.
    • Bateri jenis konvensional 12V - bekerja menampung sokongan elektrik fungsi kenderaan seperti sistem lampu dan audio.

PERLUKAH BATERI TOYOTA HEV DICAS?

Kereta hibrid berbeza daripada PHEV, kerana bateri hibrid tidak perlu menggunakan kabel pengecas yang disambung kepada stesen atau soket cas. Sebaliknya, bateri HEV dicas semula secara automatik setiap kali kita membrek, melepaskan pedal minyak atau ketika enjin sedang beroperasi, dinamakan brek regeneratif (regenerative braking).

  • Sistem Toyota HEV menggunakan sensor untuk memahami kekerapan pemandu melepaskan pedal brek.
  • Kemudian, sistem akan menentukan seberapa banyak daya brek diperlukan pemandu berdasarkan maklumat penggunaan dan operasi pedal.
  • Sistem juga akan melakukan kawalan koordinasi antara brek regenaratif, pembrekan unit motor dan daya brek hidraulik., manakala proses seterusnya membekalkan tahap daya brek diperlukan pemandu.
  • Sistem akan memanfaat kemampuan motor regeneratif untuk menukar tenaga kinetik kepada kuasa elektrik.
  • Bateri Sistem Hibrid Elektrik Toyota generasi keempat direka untuk bertahan lama mengikut hayat kenderaan, dan juga berprestasi tinggi.

KELEBIHAN TOYOTA HEV

KENAPA TOYOTA HEV SESUAI UNTUK MALAYSIA?

  • Jika melihat situasi semasa, YA, kerana Malaysia masih kekurangan fasiliti stesen cas untuk kegunaan kereta PHEV dan BEV.
  • Malaysia masih belum melaksanakan inisiatif penuh untuk peralihan ke arah elektrifikasi.
  • Pengguna Malaysia belum bersedia sepenuhnya untuk beralih kepada BEV atau PHEV. Justeru, kereta hibrid biasa dianggap pilihan terbaik dalam persediaan awal menuju mobiliti elektrik.

BACA >>> UMW Toyota Rancang Pembuatan Model Kenderaan Hibrid di Malaysia
BACA >>> Toyota Century Hibrid (2018) - Limosin Mewah Sarat Tradisi Jepun
BACA >>> Toyota Bangunkan Enjin Hidrogen Guna Sistem Injektor Seperti Kereta Petrol

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Hibrid Toyota, Kenderaan Mesra Alam, Toyota HEV, UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev