PROTON sekali lagi mencipta kejayaan apabila menerima pengiktirafan kereta paling mampu milik Asean Car of The Year 2016 bagi model Iriz.
Biarpun sudah dua tahun berada di pasaran, Proton Iriz ternyata masih berbisa dengan memuatkan pelbagai ciri dan teknologi terkini.
Proton Iriz ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Ia dijual pada harga bermula RM41,520 hingga RM62,030.
Ia juga menerima pengiktirafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP. Antara ciri keselamatan yang dipadankan pada Proton Iriz adalah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek dan banyak lagi.
BACA >>> Promosi Akhir Tahun Proton Kembali – Beri Diskaun Hingga RM8,000 Termasuk 2 Tahun Servis Percuma
DISKAUN
Sementara itu, Proton Iriz turut menawarkan diskaun sebanyak RM2,000 hingga RM4,000 beserta servis percuma selama dua tahun bagi mereka yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2016.
Syabas Proton!
Leave a Reply