• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi USA Perkenal Masa Kerja Idaman untuk Staf, Tiada Hari Minimum Masuk Ofis!

Mitsubishi USA Perkenal Masa Kerja Idaman untuk Staf, Tiada Hari Minimum Masuk Ofis!

April 19, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia berjaya mempopularkan budaya bekerja dari rumah yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun, sudah ada organisasi yang terus mengamalkan walaupun krisis wabak semakin pulih.

Mitsubishi Motors North America (MMNA) pada 14 April lalu mengumumkan polisi baharu membenarkan pekerja dengan tugas boleh dilakukan di rumah kini tiada hari minimum untuk hadir ke pejabat.

Sebenarnya, faedah sebegitu sudah biasa diamalkan syarikat teknologi berbanding automotif. Walaupun bekerja dari rumah sudah jadi kebiasaan, sesetengah syarikat mewajibkan pekerja hadir ke pejabat mengikut jumlah hari ditetapkan.

Polisi tanpa hari minimum dilaksanakan MMNA atau syarikat lain sebenarnya meletakkan kebertanggungjawaban ke atas pekerja itu sendiri. Mungkin ada rasa bebas, tetapi pekerja tetap perlu hadir ke pejabat untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Namun, polisi tanpa hari minimum tetap menggembirakan kerana pekerja tidak perlu lagi menanggung kos perjalanan dan sebagainya.

mmna-franklin-usa-1
mmna-franklin-usa-2

Pada pertengahan 2019, MMNA memindahkan operasi dari Cypress, California ke Franklin, Tennessey sebagai langkah baharu kepada syarikat.

Pada April 2020, MMNA membuka ibu pejabat baharu dengan konsep terbuka, lapang dan pencahayaan baik. Walaupun dalam fasa pandemik, MMNA positif menambah lebih 150 pekerja baharu, manakala pejabat dibuka kepada mereka yang mahu datang selagi mematuhi protokol ketat Covid-19.

Dari segi prestasi perniagaan, MMNA mencatatkan jualan 26,400 unit dalam tempoh suku pertama (Q1) 2022 dengan model terlaris Outlander (13,065 unit), diikuti Mirage (4,917 unit) dan Eclipse Cross (3,992 unit). Lagi dua model ditawarkan ialah Outlander Sport dan Outlander PHEV.

Angka jualan Q1 2022 sebenarnya lebih rendah daripada Q1 2021, iaitu 28,231 unit.

Walaupun menawarkan suasana kerja baharu, ia tidak menghalang MMNA memulakan polisi bekerja yang cenderung kepada pekerja. MMNA kini mempunyai kira-kira 330 pengedar dengan menggajikan lebih 8,000 orang di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
BACA >>> Vision Ralliart Concept (2022) - Jelmaan SUV Mitsubishi Outlander Versi Sporty

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi, Mitsubishi Motors, Mitsubishi Motors North America, Mitsubishi Motors North America (MMNA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev