SECARA umum, masih selamat untuk kita bermalam dalam kereta dengan mematuhi syarat seperti mematikan enjin dan penyaman udara. Timbul pula pertanyaan, bagaimana hendak kekal selamat ketika tidur dalam kereta?
Artikel kali ini membentangkan beberapa tip dan saranan untuk menikmati tidur lebih lena dan bersedia memulakan pemanduan dengan lebih segar.
1. Cari Tempat Selamat untuk Parkir
Anda perlu cari lokasi parkir selamat sebelum bermalam dalam kereta. Kawasan itu perlu mengambil kira permukaan jalan rata, tidak menghalang laluan trafik atau kenderaan bergerak, ada bilik air berdekatan dan bukan di lokasi terpencil.
2. Guna Aplikasi Cari Parkir
Portal luar negara menyarankan menggunakan aplikasi mencari lokasi istirahat paling ideal dan selamat untuk bermalam dan berkhemah. Antarnya aplikasi IOverlander.com. Salah satu tujuannya mengelakkan anda disaman kerana memarkir di tempat larangan.
3. Walmart
Jika di luar negara dan sukar mencari tempat bermalam (seperti Amerika Syarikat dan Kanada), anda boleh cari premis Walmart. Kebanyakan gedung itu membenarkan anda memarkir kereta semalaman tanpa sebarang caj. Juga akses mendapatkan makanan dan barang keperluan keesokan hari.
4. Pastikan Luaran Kereta Tidak Menarik Perhatian Penjahat
Jika ada rak dengan basikal atau barangan lain tergantung di luar kereta. Jika ada, sila masukkan dalam kabin. Jangan pamer barang atau item yang menarik perhatian pencuri atau perompak.
5. Gunakan Langsir dan Visor Cermin Depan
Bagi mengurangkan kemasukan cahaya dalam kabin, guna visor cermin depan. Hargnanya tidaklah begitu mahal untuk menyekat kemasukan cahaya dan memberi anda ruang privasi lebih baik
6. Beg Tidur
Jika tidur ketika musim sejuk, lebih baik bawa bersama beg tidur. Jangan lupa menggunakan sarung tangan untuk mengurangkan kesejukan jari tangan.
7. Pastikan Telefon Dicas Penuh
Anda perlu memastikan semua komponen elektronik dicas penuh. Anda juga dinasihatkan menghantar mesej makluman kepada rakan atau ahli keluarga mengenai lokasi kenderaan diparkir sebelum tidur. Jika ada peranti pengecas (power bank), bawa sekali ketika memandu.
8. Maklum kepada Seseorang
Adalah penting beritahu keluarga atau rakan mengenai rancangan anda. Rancang masa pada waktu pagi dan maklumkan kepada mereka atau membuat panggilan telefon untuk memberitahu anda berada dalam keadaan selamat.
9. Guna Fon Telinga
Fon telinga dan pelitup mata mudah didapati dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesan gangguan bunyi atau cahaya ketika mahu berehat.
10. Bawa Keperluan Asas
Anda dinasihatkan menyediakan beg berisi keperluan diri asas seperti tisu basah, ubat sakit kepala, minyak angin dan keperluan lain yang mungkin diperlukan ketika berjalan jauh.
11. Kopi
Memulakan hari dengan menghirup minuman panas seperti kopi mampu membuatkan diri lebih segar untuk memulakan perjalanan.
SUMBER: TheRoadTripExpert
Leave a Reply