FAKTA perlu diketahui, kereta prestasi tinggi tidak sesuai digunakan untuk pemanduan harian. Walaupun ada varian Grand Touring (GT) ia masih belum memadai digunakan secara praktikal.
Justeeru kereta prestasi tinggi berada dalam pasaran kecil (niche) sahaja, dan supaya lebih ramai membeli, pengeluar tampil memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbukti membantu jualan. Terbaharu Lotus memperkenalkan SUV Electre dan selepas itu giliran Ferrari menerusi Purosangue pula.
BACA >>> SUV Pertama Lamborghini, LM002 Guna Enjin V12 Countach, Mampu Redah Off-Road
Tidak dinafikan ada membantah kerana menyalahi legasi, tetapi itu bukan penghalang utama kerana apa paling penting adalah sambutan pasaran.
Misalnya, Lamborghini bukan lagi baharu kerana puluhan tahun lalau pernah mengeluarkan SUV LM002. Malah, SUV juga membantu Lamborghini hari ini dengan jualan memberangsangkan. Contohnya, jualah suku pertama (Q1) 2022 menyaksikan serahan pelanggan 2,539 unit serata dunia dan menjadi Q1 terbaik setakat ini.
Angka tersebut 5 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama 2021. Jika dibandingkan 2020, meningkat 30 peratus! Berikut prestasi Lamborghini sepanjang 2021:
- Jualan: 8,405 unit.
- Perolehan: €1.95 bilion (RM8.9 bilion).
- Keuntungan: 20.2 peratus
Berikut prestasi Q1 2022:
- Seimbang tiga rantau besar.
- EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika): 40 peratus
- Amerika: 32 peratus
- Asia Pasifik: 28 peratus
Hampir semua pasaran menyaksikan pertumbuhan kecuali Rusia kerana Lamborghini menggantung operasi perniagaan.
Model Paling Laris?
Semestinya Super SUV Urus dengan melibatkan separuh pelanggan, dan sebahagian lain memilih Huracán dan Aventador walaupun model V12 sudah menghampiri kitaran hidup produk.
Pertumbuhan jualan Q1 2021 turut didorong Urus dan Huracán, manakala untuk Q1 2022, masing-masing mencatatkan jualan 1,547 dan 844 unit. Dalam tempoh peralihan antara enjin pembakaran dalaman dan elektrifikasi, Lamborghini baru saja memperkenalkan Huracán Tecnica, 12 April lalu.
Ada lagi buah tangan, separuh kedua tahun ini menyaksikan Lamborghini mengumumkan tiga produk, iaitu dua untuk Urus dan satu Huracán. Apa agaknya sampai dua untuk Urus?
BACA >>> Lamborghini Jalpa (1982) - Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach
BACA >>> Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini
Leave a Reply