PERCAYA atau tidak, ramai pengguna jalan raya gagal mengetahui titik buta kenderaan. Walhal peratusan kematian melibatkan titik buta adalah antara paling tinggi dilaporkan di negara kita, terutama melibatkan kenderaan berat seperti lori.
Lihat sahaja laporan media yang hampir setiap hari melaporkan kemalangan maut membabitkan lori dengan kenderaan lain. Apabila berlanggar atau berselisih dengan kenderaan besar, semestinya kenderaan lebih kecil lebih teruk kesannya. Jadi semua pengguna wajib mengetahu apakah titik buta lori untuk mengelakkan kemalangan tidak diingini.
BACA >>> Video Penunggang Nyaris Digilis Treler Sebab Berhenti dalam Kawasan Titik Buta
Apakah Titik Buta (Blindspot) ?
Titik buta ialah posisi sudut pandang dalam kenderaan yang secara semula jadi terlindung dari pandangan pemandu dan cermin sisi dan belakang.
Ayat lebih mudah, pemandu tidak boleh melihat kenderaan lain yang sedang memotong atau mengikut terlalu rapat. Asasnya, semakin besar sesebuah kenderaan, maka semakin besar titik buta kenderaan berkenaan.
Pesanan kami, jangan sesekali berada dalam radius titik buta lori, manakala jarak antara lori jangan terlalu dekat. Seperkara yang ramai tidak tahu, pemandu kenderaan berat sebenarnya tidak dapat melihat kenderaan yang berada dalam jarak 10 meter di belakang.
Apa perlu anda buat apabila melihat lori adalah:
1. Pastikan jarak mengekori dalam 2 saat.
2. Elakkan berada dalam kawasan titik buta.
3. Pandang ke depan dalam jarak 12 saat atau 100 meter ke depan kerana kenderaan berat mengambil masa yang lama berbanding kereta untuk berhenti sepenuhnya.
4. Pastikan ada ruang selamat antara kenderaan dipotong.
Paling penting, jika berada sebelah kiri lori (atau kenderaan berat), jangan sesekali memotong. Ini kerana titik buta paling besar lori adalah di bahagian kiri (rujuk gambarajah atas).
BACA>>> Video Penunggang Nyaris Digilis Treler Sebab Berhenti dalam Kawasan Titik Buta
BACA>>> Laju Sangat, Treler Beri 'Double Signal' Pun Tak Nampak! Viva Terbalik Dilanggar Belakang
Leave a Reply