SEORANG penunggang motosikal nyaris digilis sebuah treler ketika menunggu di lampu isyarat di Bandar Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.
Dalam rakaman video, penunggang motosikal itu berhenti betul-betul di depan treler dan berada dalam kawasan titik buta yang menghalang pandangan pemandu treler tersebut.
Pemandu treler kemudian terus bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau lalu merempuh motosikal di depannya. Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh bersama motosikal di bawah treler.
Situasi tersebut membuatkan pengguna jalan raya lain dari arah bertentangan treler membunyikan hon sebagai isyarat kecemasan.
Pemandu treler yang menyedari sesuatu tidak kena berlaku kemudian keluar dan turun dari kenderaan beratnya dan beberapa saat kemudian mangsa keluar dari bawah treler dengan kaki terhincut-hincut, dipercayai tercedera. Ramai netizen mengakui insiden seumpama itu kerap menimpa penunggang motosikal kerana tidak peka dengan titik buta (blind spot).
Pasal blindspot ni kita ada belajar dan jawab ujian masa nak ambil lesen dulu. Kenapa masih ada yang buat lagi benda2 macam ni?" kata Farith Azlan.
"Sudah la duk depan lori lepas tu terhegeh-hegeh nak jalan memang mendapat la," kata Palie Lie.
"Nasib umur kau panjang bro. Kalau tak, habis kena lenyek," kata Shah Mangsor.
BACA>>> Treler Habis Diesel, Rosak, Kandas Di Lorong Perlahan Punca Lebuh Raya PLUS Sesak 20km
BACA>>> Laju Sangat, Treler Beri 'Double Signal' Pun Tak Nampak! Viva Terbalik Dilanggar Belakang
Leave a Reply