MESTI ramai dalam kalangan kita pernah melalui situasi tiba-tiba mengantuk ketika memandu hingga mulut menguap berkali-kali.
Ramai mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap ia bukan masalah besar dengan memaksa dan menahan diri untuk terus memandu. Disebabkan sikap itulah, banyak kemalangan berlaku apabila pemandu tiba-tiba terlelap seketika, yang juga dipanggil microsleep.
Jika anda mula tersengguk, kelopak mata semakin kuyu dan layu, mata terkebil-kebil, dan gagal fokus, ketahuilah itu antara tanda anda bakal mengalami simptom microsleep.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu
Apa Penyebab Rasa Mengantuk Masa Memandu?
1. Kurang Tidur
Punca utama mengantuk ketika siang sebenarnya disebabkan kurang tidur. Pemandu kurang tidur boleh diserang gejala microsleep terjadi atau mengalami tingkah laku pemanduan berbahaya lain. Jadi pastikan anda tidur secukupnya antara 7-9 jam setiap malam. Kekurangan tidur bukan saja berbahaya ketika memandu, tetapi juga dalam jangka masa panjang dari segi kesihatan.
2. Gangguan Tidur
Dalam dunia perubatan, ada beberapa gangguan tidur dialami manusia seperti:
- Insomnia: Susah tidur atau susah tidur lama.
- Hipersomnia: Gangguan tidur berlebihan.
- Parasomnia: Gangguan tidur disebabkan situasi tidak dapat dielak ketika tidur seperti mengigau atau berjalan dalam tidur.
- Gangguan Pergerakan Tidur (sleep movement disorders): Pergerakan ketika atau sebelum tidur yang membuatkan seseorang itu sukar tidur atau mendapatkan tidur yang nyenyak.
Banyak orang tidak mendapatkan rawatan akibat masalah tidur hingga menyebabkan mereka mengantuk ketika siang.
3. Alkohol
Individu yang minum alkohol boleh menyebabkan konsentrasi memandu hilang dan mudah mengantuk. Ini kerana alkohol melambatkan fungsi otot mata, mengubah pergerakan mata dan persepsi visual. Selain itu, alkohol boleh memperlahankan refleks seseorang hingga seseorang pemandu lambat bertindak pantas jika berlaku perubahan situasi.
4. Ubat
Ada ubat boleh menyebabkan mengantuk. Kondisi itu memberi kesan terhadap kemampuan memandu atau mengendalikan alatan atau mesin, atau sebarang situasi yang memerlukan tumpuan. Ada individu tidak terkesan walaupun ubat tersebut menyebabkan mengantuk atau sebaliknya. Contoh ubat antihistamin untuk mengurangkan gejala selesema.
5. Masa Hari
Seseorang yang berubah waktu tidur atau memandu dalam keadaan lama boleh menyebabkan mengantuk. Seperti memandu dalam situasi trafik sesak, memandu jarak jauh, dan individu bekerja syif tidak tetap.
Jadi, rancanglah perjalanan dan dapatkan rehat secukupnya. Jika rasa ngantuk, berhentikan di kawasan rehat dan tidur sebentar untuk mendapatkan tenaga semula. Cukup sekadar 15-20 minit sebelum meneruskan semula pemanduan.
BACA>>> Steer Peranti Anti Tidur Yang Guna Elektrik Untuk Kejutkan Pemandu Mengantuk
BACA>>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply