• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Juara MX, Supermoto Gabit Saleh Hidap Barah Hidung Tahap 4

Juara MX, Supermoto Gabit Saleh Hidap Barah Hidung Tahap 4

April 14, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA Supermoto Asia dan motocross (MX) negara, Muhammad Habibullah Saleh yang lebih dikenali sebagai Gabit, kini sedang bertarung dengan barah hidung-tekak tahap 4.

Menurut apa dimaklumkan Gabit kepada penulis, beliau disahkan menghidap barah itu sejak beberapa bulan lalu, tetapi sengaja dirahsiakan kerana beliau tidak mahu menyusahkan dan membuatkan orang ramai risau.

Sejak itu, Gabit menjalani radioterapi dan kemoterapi, tetapi kini kondisinya bertambah tenat. Barah itu turut menyebabkan penglihatannya kabur sebelah mata. Dalam wawancara bersama Astro Awani, kondisi pelumba negara itu nampak menyayat hati, kurus dan lemah.

Beliau juga mendedahkan sudah menjalani radioterapi selama 31 hari, termasuk sembilan sesi kemoterapi.

Beberapa rakannya menggesa Gabit memberikan kebenaran membuat kempen derma dana untuk kos perubatan kerana dana insurans makin berkurangan. Tambahan lagi beliau ialah bapa kepada tiga anak yang masih kecil.

Saya pernah berkenalan dengan Gabit sejak 2016, dan pada pandangan saya, beliau seorang yang sangat ramah dan merendah diri walaupun memiliki reputasi juara pelbagai siri perlumbaan Malaysia dan luar negara. Beliau juga sering tersenyum dan gemar bergurau.

Saya mula akrab dengan Gabit, terutama ketika membuat liputan kempen beliau dalam siri FIM Asia Supermoto, dan saya dapat saksikan sendiri kerja kuat anak muda itu yang berhempas-pulas mahu menjuarai kejuaraan tersebut demi negara. Lawan perlu dihadapinya bukan calang-calang, datang dari pelbagai negara seperti Australia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia, India, China, Taiwan, dan Amerika Syarikat (AS).

Saya juga sempat merakamkan foto aksi Gabit menunggang motosikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang selepas dinobatkan sebagai juara pusingan terakhir di perkarangan Stadium Shah Alam. Foto ikonik itu kini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan Gabit dan saya.

Anda boleh memberikan sumbangan terus kepada Gabit atau isterinya menerusi akaun di bawah ini:

  • Muhammad Habibullah B. Mohd Saleh - 1641 6501 2203 (Maybank)
  • Nurul Nadiah -  12207020203567 (Bank Islam)

Sempena Ramadan penuh berkat ini, diharapkan kita dapat sama-sama berdoa semoga Gabit diberikan kesembuhan daripada penyakit dihidapinya. Insya-Allah.

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Barah Hidung, Gabit, Muhammad Habibullah Saleh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev