PENGELUAR motosikal ketiga terbesar dunia, Bajaj Auto bakal menawarkan skuter elektrik (EV), Chetak ke pasaran Thailand tidak lama lagi, tetapi harga anggaran masih belum didedahkan.
Dipanggil Chetak Electric, skuter EV itu menampilkan rekabentuk gaya klasik dengan material badan menggunakan keluli yang dijangka menjadi alternatif kepada peminat skuter gaya Vespa dan pencinta alam.
TRENKUASA
- Trenkuasa Chetak Electric dijana motor elektrik 48V dengan pek bateri litium-ion 60Ah yang jarak tunggangan hingga 100km.
- Ada dua pilihan mod tunggang: Eco dan Sport, manakala kelajuan maksimum 75kmj.
BACA >>> Bajaj Bakal Perkenal Semula Skuter Chetak Selepas 14 Tahun, Kali Ini dalam Versi Elektrik
PENGECASAN
- Tempoh mengecas bateri daripada 0-100 peratus mengambil masa 5 jam, manakala tempoh mengecas 80 peratus ialah 3.5 jam.
- Masa mengecas 25 peratus pula cuma sejam sahaja.
- Chetak Electric didatangkan dengan kit pengecas yang disimpan dalam ruang panel depan skuter.
- Pemilik juga boleh menyambung kabel dan mengecas di rumah.
BACA >>> Bajaj Auto Lancar Dua Model Pulsar 250cc, Modenas Mahu Bawa Masuk?
PERINCIAN
- Menampil sistem lampu LED penuh untuk lampu depan yang dilingkari lampu siang (DRL) bentuk cincin, dan lampu belakang.
- Panel meter LCD digital.
- Sistem penghidup elektrik menggunakan butang tekan mula.
- Ruang simpanan depan disediakan port pengecas USB.
- Ada ruang simpanan besar bawah pelana jenis U-Box.
- Peg kaki dua tahap untuk pembonceng.
- Fork depan jenis sebelah dalam bentuk monoshock.
- Sistem brek cakera di depan, dan brek dram di belakang.
- Bahagian roda menggunakan rim aloi 12 inci dengan saiz tayar 90/90.
- Berat skuter 130kg, tinggi pelana 765mm dan jarak lega bumi 160mm.
BACA >>> Zero Lancar Motosikal Elektrik SR (2022) Di UK, Harga Mula RM97k!
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol
BACA >>> Horwin Buka Kilang CKD Motosikal Elektrik di Brazil dengan Kos Labur RM88.8j
SUMBER: AutoStation
Leave a Reply