• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k

Inilah Sebab Wanita Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6k

April 13, 2022 By Farah Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita yang didapati bersalah melanggar lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Sam Ke Ting, 27, didapati bersalah memandu melulu, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu yang membebaskannya atas tuduhan tersebut.

BACA >>> Basikal Lajak: Ibu Bapa Boleh Kena Denda Sampai RM20k, atau Penjara 5 Tahun!

Dalam keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi itu, Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan  responden menjalani enam bulan penjara jika tidak membayar denda dan hilang kelayakan memandu tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

KENAPA BERSALAH?

Ke Ting diputuskan bersalah dalam perbicaraan penuh dan bukan kes pengakuan bersalah dengan mahkamah  mengambil kira hujah pihak berkaitan selain menimbang pelbagai faktor lain.

Berikut apa diputuskan Hakim Abu Bakar:

  • Perbuatan responden memandu melulu atau berbahaya menjadi punca kehilangan lapan nyawa.
  • Responden melakukan kesalahan berat.
  • Parlimen sudah meminda hukuman kesalahan itu pada 2020 menerusi Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020. Responden bernasib baik kerana kesalahan disabitkan pada 2017, sebelum pindaan dibuat.
  • Mahkamah turut menimbangkan kesalahan dilakukan responden sebagai kes tinggi di Johor dengan statistik kes kemalangan maut 2011-2021 setinggi 10,297 mangsa maut.

Ke Ting diarahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat. Prosiding rayuan dikendalikan:

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala responden Ke Ting diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

Ke Ting dilaporkan melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017 yang menyebabkan lapan remaja terkorban iaitu Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

BACA>>> Basikal Lajak: Ibu Bapa Boleh Kena Denda Sampai RM20k, atau Penjara 5 Tahun
BACA>>> 15 Tahun Dah Jadi Mekanik Basikal Lajak

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Basikal Lajak, kemalangan, Kemalangan Basikal Lajak, Kerani Dipenjara 6 Tahun, Kes 8 Penunggang Basikal Lajak Maut, Sam Ke Ting

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev