TULAR rakaman video sebuah Perodua Bezza memandu laju melawan arus selepas melanggar sebuah Honda CR-V di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) arah Teluk Panglima Garang ke Bandar Saujana Putra, Selangor, semalam.
Namun, nasib Bezza itu tidak berakhir di situ apabila suspek pemandu bertembung pula dengan dua penunggang motosikal jenis Honda Dash dan Yamaha LC 135 hingga menyebabkan salah seorang mangsa parah.
BACA >>> Cuak Diperiksa Polis, Pasangan Kekasih Positif Dadah Nekad Lawan Arus Sampai Terbabas
Aksi berbahaya pemandu Bezza itu menyebabkan kemarahan orang awam yang berada di lokasi kejadian, lebih-lebih lagi suspek dilihat seperti sedang mabuk. Suspek juga dikatakan dibelasah teruk kerana enggan keluar dari keretanya. Di tempat kejadian turut kelihatan botol arak tumpah, dipercayai milik suspek.
Polis turut mengesahkan insiden yang berlaku semalam pada jam kira-kira 2.29 petang.
Menurut polis, penunggang Dash mendakwa melihat Bezza dipandu suspek berhenti di lorong kecemasan yang membuatkan dia berhenti di depan kereta itu. Namun, suspek tiba-tiba bergerak semula dan melanggar mangsa hingga menyebabkan penunggang Dash itu terjatuh dan cederakaki dan tangan.
Tidak cukup itu, suspek Bezza terus memandu melawan arus dan melanggar pula penunggang LC 135 hingga menyebabkan mangsa tercampak dan cedera parah. Semua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan. Berdasarkan maklumat Facebook, abang kepada salah seorang mangsa penunggang motosikal, adiknya kini masih koma dengan tiga organ rosak, manakala kedua-dua kaki patah.
BACA>>> Video Penunggang Warga Emas Lawan Arus Maut Dirempuh
BACA>>> Pemandu Axia Maut Dilanggar Saga Selepas Buat Pusingan-U, Lawan Arus di Plaza Tol
Leave a Reply