• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike EV Zero SR (2022) Lancar di UK (74hp, 166Nm), Harga RM97k!

Sportbike EV Zero SR (2022) Lancar di UK (74hp, 166Nm), Harga RM97k!

April 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ZERO Electric melancarkan motosikal elektrik paling mampu milik, iaitu SR (2022) di England yang akan mula dijual bulan ini.

SR (2022) kelihatan mirip model SR/F, tetapi menerima rekabentuk komponen yang tidak begitu menyerlah. Malah, skema warna badan juga nampak biasa, mungkin sebagai cara mengurangkan kos.

BACA >>> Project Zero - Cafe Racer Elektrik Buatan Nepal, Boleh Tunggang 230km Sekali Cas
BACA >>> KPDNHEP Cakap Skim 'Zero Downpayment' Tidak Sah Ikut Undang-Undang, Tetapi...

Model elektrik itu menggunakan unit motor ZF 75-10 yang ditala untuk menjana tork 166Nm dan kuasa 74hp, manakala kelajuan maksimum 167kmj.

Pelanggan juga memiliki pilihan menaik taraf SR (2022) untuk mendapatkan prestasi seperti SR/F dengan tork 190Nm, kuasa 90hp dan kelajuan maksimum 193kmj.

Pengeluar motosikal elektrik dari Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa bateri baharu Z-Force yang menggunakan teknologi litium-ion kini sudah menjadi ciri standard motosikal elektrik.

Bateri itu memiliki kelebihan ringan dan mampu menawarkan jarak tunggangan dan ketumpatan tenaga lebih tinggi berbanding pek bateri terdahulu. Di Britain, SR (2022) boleh dibeli pada harga  £17,810 (RM97,910) dalam satu pilihan warna, graphite (kelabu).

BACA >>> #BikinMotor: Syarikat Itali Tawar Pakej Kustom Model EV Zero Motorcycles
BACA >>> Horwin Buka Kilang CKD Motosikal Elektrik di Brazil dengan Kos Labur RM88.8j
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Bateri Standard untuk Motosikal Elektrik Bakal Debut Tahun Ini

zero-sr-2022-uk-4
zero-sr-2022-uk-1
zero-sr-2022-uk-2
zero-sr-2022-uk-3
Zero SR -1
zero-sr-2022-uk-bg

SUMBER: BikeWale

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal elektrik, roda2, Sportbike Elektrik, Z-Force, ZERO ELECTRIC, Zero SR (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev