• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tok Mat: Faedah GOpinjam dalam Touch 'n Go eWallet Melampau Tinggi, Sampai 36 Peratus!

Tok Mat: Faedah GOpinjam dalam Touch 'n Go eWallet Melampau Tinggi, Sampai 36 Peratus!

April 11, 2022 By Farah Leave a Comment

786
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU beberapa hari dilancarkan, program pinjam peribadi GOpinjam diperkenalkan kumpulan Touch 'n Go (TnG) menerusi aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet kini timbul berita kurang enak.

Ini kerana kadar faedah program pinjaman itu, iaitu antara 8 hingga 36 peratus, dianggap terlalu tinggi, tidak munasabah dan boleh menjerat rakyat.

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa kadar faedah program pinjaman peribadi tersebut adalah tertinggi dalam pasaran kredit dan ditawarkan dengan kadar perolehan sangat mudah.

Mohamad Hassan, yang popular dipanggil Tok Mat, turut berharap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil memberi penjelasan mengenai langkah TnG dalam program terbaharu itu. Beliau berkata;

Langkah TNG meluaskan jaringan perkhidmatan dengan menawarkan program pinjaman peribadi terbaharu atau GOpinjam adalah baik.

"Namun kadar faedahnya, antara 8 hingga 36 peratus adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi.

"Kepatuhan kepada kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bukan persoalan di sini. Yang dipersoalkan, semua ini akan menjerat rakyat ke kancah keberhutangan yang parah dan berterusan."

Tok Mat turut menyifatkan kadar faedah ditawarkan tidak ubah seperti skim pinjaman berlesen along yang menjerat leher peminjam.

Dalam pada itu Tok Mat turut menyentuh mengenai BNM yang sepatutnya menyekat model pinjaman kredit sebegini demi melindungi golongan B40 dan anak muda berisiko tinggi daripada terjerumus dalam kancah hutang peribadi yang memang sudah sangat tinggi.

Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan kadar faedah Gopinjam terlampau membebankan jika benar kadar faedahnya boleh mencapai 36% setahun.

Terdahulu, TnG memaklumkan GOpinjam, menawarkan pinjaman peribadi bermula RM100 hingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula fleksibel antara seminggu hingga setahun.

Jika mahu memohon, pengguna perlu menampilkan slip gaji sebulan atau penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini berserta maklumat asas permohonan pinjaman.

BACA>>> "Touch N Go Bukankah Sebenarnya Nak Bantu Mudahkan Hidup Kita?" - Pengguna Tol Lepas Geram
BACA>>> Touch 'n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

SUMBER: BHOnline

Related

786
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohamad Hasan, eWallet Touch n Go, Faedah GOpinjam, Gopinjam, Kad Touch 'n Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev