• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina

Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina

April 10, 2022 By Aryon Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Mac 2019, Presiden Rodrigo Duterte menandatangani Akta Pencegahan Jenayah Motosikal atau RA 11235 yang digelar penunggang motosikal Filipina sebagai 'Doble Plaka'.

Akta tersebut mengenakan penalti berat terhadap pesalah penunggang motosikal, termasuk hukuman penjara berhubung kesalahan yang ada kaitan dengan nombor plat membabitkan kecurian, kehilangan dan jualan motosikal.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus 'Doble Plaka', Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!
BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz


Undang-undang itu kali pertama diusulkan Senator Richard 'Dick' Gordon dan Vicente 'Tito' Sotto III sebagai Rang Undang-Undang Senat 1397, tetapi dianggap sebagai prejudis terhadap penunggang motosikal sebaik saja diluluskan.

Susulan itu, dua kes berasingan difailkan ke Mahkamah Perbicaraan Wilayah Manila dan Bandar Quezon yang  menentang undang-undang 'Doble Plaka' pada 2020. Undang-undang tersebut dikatakan tidak menepati perlembagaan dan mencetuskan beban perundangan tidak konsisten, atau langsung menafikan hak penunggang dan pemilik motosikal yang dilindungi perlembagaan.

Terbaharu, baru-baru ini Pertubuhan Hak Asasi Motosikal (MRO) mendakwa kes menentang RA 11235 kini berjalan lancar berikutan kesediaan mahkamah mendengar reaksi responden yang mempertikatkan beberapa bahagian perundangan berkenaan sebagai satu kesalahan.

jurucakap MRO, Jobert Bolanos berkata;

Semasa pendengaram, kumpulan kami menekankan semua kesalahan yang terdapat pada undang-undang diusulkan Gordon yang didapati menekan penunggang seperti kami."

Menurut MRO, ada empat alasan utama undang-undang 'Doble Plaka' tidak menepati perlembagaan, iaitu:

  • Pertama, ia menetapkan jangka masa kepada pemilik dan pembeli motosikal untuk memindahkan dokumen di bawah nama mereka.
  • Kedua, undang-undang itu menetapkan bayaran penalti melampau yang seakan berat sebelah ke atas penunggang motosikal, dan tidak untuk pemilik kenderaan selain motosikal dengan kesalahan sama.
  • Ketiga, hukuman penjara ke atas mereka yang tidak membayar penalti melampau.
  • Keempat, undang-undang seakan prejudis terhadap motosikal dan penunggangnya sahaja.

Dalam erti kata lain, Pejabat Peguam Negara tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan undang-undang diusul Gordon. Pendengaran berikut dijadualkan bulan depan.

BACA >>> Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan 'Doble Plaka', Kritik Kompaun Mahal Sangat
BACA >>> Penunggang Filipina Bengang dengan RUU Daftar Satu Helmet untuk Satu Motosikal

SUMBER: MotoPinas

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Doble Plaka, Motorcycle Rights Organization (MRO), Penunggang Motosikal Filipina, Undang-Undang Doble Plaka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my