• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition, Terhad 5,000 Unit, Harga RM11.6k!

Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition, Terhad 5,000 Unit, Harga RM11.6k!

April 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

769
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition ke pasaran tempatan bermula hari ini.

Hanya 5,000 unit dihasilkan dengan harga disyorkan RM11,688. Tanda harga itu tidak termasuk fi pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition menawarkan harga sama seperti varian Doxou, dan lebih mahal RM800 berbanding varian standard Y16ZR (RM10,888).

BACA >>> Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Ini Cuma Ada 5,000 Unit Sahaja, Siap Dapat Sijil!
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!

Berikut perincian model edisi terhad itu:

  • Stok sudah dikirim ke pengedar bermula hari ini. Jumlah dihasilkan cuma 5,000 unit dan dilengkapi sijil penghargaan dan kunci mangga cakera brek.
  • Setiap pembeli menerima set kotak premium mengandungi bekas air premium World GP 60th Anniversary, pin edisi terhad dan rantai kunci premium.
  • Seragam menampilkan warna latar putih dengan strip blok merah dan garis luaran hitam pada sisi dan panel belakang.
  • Ada aksen kuning pada panel depan dan lencana World GP 60th Anniversary, manakala madgad merah.
  • Rim ema, termasuk logo Yamaha pada panel depan dan sisi, juga emas.
  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap  silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA, berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan 14.4Nm @ 8,000rpm. Kotak gear masih klac manual 6-kelajuan.
  • Unit Kawalan Elektronik (ECU) ditala untuk memberikan prestasi enjin mengikut setiap gear digunakan. Juga dilengkapi ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).

AKSESORI

  • Seiring pelancaran model edisi terhad itu, HLYM juga memperkenalkan koleksi fesyen pakaian World GP 60th Anniversary yang boleh dibeli secara atas talian menerusi GENBLUE Online Shop.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?

Related

769
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: Doxou, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, Yamaha Y16ZR World GP 60th Anniversary Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my