• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi

KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi

April 7, 2022 By Shawkath 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini, ada beberapa pihak pernah mengusulkan cadangan mengharamkan penggunaan motosikal jenis kapcai termasuk penggunaannya di kawasan ibu kota.

Langkah itu dikaitkan dengan kadar kemalangan tinggi dan menyumbang kepada statistik kematian akibat nahas jalan raya.

Kali ini, isu itu disuarakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani apabila beliau melahirkan rasa bimbang terhadap lambakan motosikal ‘kapcai lincah berprestasi tinggi’.

ops-mabuk-mat-rempit-kl-bg
mat-rempit-makan-kat-seremban-bg

Memetik laporan portal FMT, Acryl Sani menyatakan kehadiran kapcai laju itu adalah antara punca utama peningkatan kadar nahas jalan raya.

Beliau berkata;

Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit.”

Pada masa sama, beliau turut menyarankan larangan model kapcai lincah berada di jalan raya dan meminta jualan motosikal itu di pasaran diharamkan.

Saranan Acryl Sani itu dibuat berikutan pendedahan beberapa portal berita automotif tempatan yang melaporkan keterujaan peminat permotoran terhadap motosikal tersebut.

Isu itu juga ada kaitan penyebaran klip video menunjukkan supermoped terbaru, Suzuki Raider R150 Fi mampu mencecah kelajuan 177 kmj selepas diuji menggunakan mesin dyno.

Acryl Sani berkta lagi;

Kenderaan (kapcai) seperti ini wajib diharamkan di Malaysia (kerana) tidak ada relevensi kelajuan 177kmj di jalan raya sedangkan had laju maksimum 110kmj (di lebuh raya).”

Portal FMT melaporkan ujian menggunakan mesin dyno menunjukkan Raider mampu merekodkan kelajuan maksimum antara 150kmj hingga 160kmj.

Sementara itu, Acryl Sani turut menggesa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memainkan peranan utama mengkaji arah tuju permotoran dan merangka polisi motosikal selamat pada masa depan.

Menurutnya;

MIROS hendaknya jadi badan pendesak.”

Statistik kemalangan hingga Ogos 2021 menunjukkan setiap 10 orang maut di jalan raya, tujuh daripadanya ialah pengguna motosikal. Majoriti kematian ialah pengguna kapcai.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pernah melancarkan ‘perang’ ke atas kapcai popular Yamaha Y15ZR yang dikatakan mampu mencecah kelajuan 160kmj selepas diubah suai dan kerap digunakan dalam lumba haram.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) kira-kira tiga tahun lalu, ada satu cadangan berbangkit iaitu mewujudkan kategori pelesenan motosikal B3 untuk golongan belia.

Secara ringkas, golongan belia cuma dibenarkan menunggang motosikal elektrik berkuasa rendah atau motosikal (petrol) berkapasiti 100cc ke bawah menjelang 2025.

Portal FMT melaporkan, cadangan itu diusul pegawai kanan JSPT kepada Kementerian Pengangkutan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata:

Jika kita mempunyai kategori pemegang lesen baharu ini, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa. Ia akan memanfaatkan negara.

“Jika kita mempunyai dasar jangka panjang bagi mengawal kumpulan sasaran 16 hingga 25 tahun dan membentuk budaya baharu untuk mereka hanya menunggang motosikal berkuasa rendah.

BACA >>> Punca Ramai Penunggang Maut, Lagi Gesaan Haramkan Kapcai!
BACA >>> Motosikal Kapcai Mungkin Diharam Masuk Pusat Bandar Kuala Lumpur - Menteri
BACA >>> Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan
BACA >>> Ku Nan Beritahu Larangan Kapcai Masuk KL Baru Cadangan, Belum Tentu Laksana
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Malaysia Tanpa Kapcai Cuma Sembang?

SUMBER: FMT

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dr. Bakri Zainal Abidin, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

Comments

  1. panglimadurhak says

    April 13, 2022 at 9:37 AM

    Yes Lepas Ni Mintak Tolong KPN Jual Moto kuasa Tinggi seHarga Moto kapcai. Sebb bapak aku tak mampu beli moto besar Alhamdulillah Kepala PN mampu haramkan moto kapcai tapi takkan tak mampu Ubah harga moto besar kepada Harga Moto kecik Pulak dah. 😏 Kepala Ingat tu Kepala tu kena adil Bila Buat keputusan ok. Mampu haramkan Dan mampu Turunkan harga ingat 🤭 tau Sebb bapak aku tak mampu beli moto besar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev