• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis: Salah Rakam Video, Strim Sambil Memandu! Tiada Kompaun, Bayar Saman atau Jel!

Polis: Salah Rakam Video, Strim Sambil Memandu! Tiada Kompaun, Bayar Saman atau Jel!

April 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

479
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan telefon bimbit untuk merakam atau menstrim video secara langsung (live) ketika memandu.

Pesanan itu diberikan berikutan timbul trend rakaman live untuk konten media sosial atau strim langsung menggunakan telefon pintar.

BACA >>> Berjalan Sambil Guna Telefon Boleh Kena Saman di Filipina!
BACA >>> Pemandu Toyota Prius Kena Saman Pasang Piring Satelit Atas But Demi WiFi

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PRDM berkata;

Video yang dirakam kadangkala untuk dijadikan content laman sosial di platform Facebook, Instagram dan TikTok.

“Sekiranya video dirakam itu adalah kesalahan trafik pengguna jalan raya lain, sebaiknya penumpang saja atau guna dashcam (kamera pemuka) untuk merakam video kejadian.

“Sekiranya perakam juga pemandu kenderaan ketika itu, mereka dikira menggunakan telefon bimbit dan menjadi kesalahan di bawah Kaedah 17A Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 1959.”

Saman Polis Trafik

JSPT menjelaskan perbuatan merakam sambil memandu boleh menyebabkan pemandu kurang peka terhadap keadaan sekeliling dan hilang kawalan kenderaan, sekali gus mengundang risiko kemalangan.

JSPT turut menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa menggunakan kit bebas tangan seperti fon telinga, jika mahu menjawab panggilan.

Perkongsian itu turut menyatakan;

  • Jika DISAMAN, saman itu TIDAK BOLEH KOMPAUN dan kes perlu diselesaikan di MAHKAMAH.
  • Jika sabit kesalahan, boleh DIDENDA hingga RM1,000, atau PENJARA tidak lebih tiga bulan.

Jangan main-main tau!

Related

479
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PRDM, JSPT PDRM, Saman Rakam Video Sambil Memandu, Saman Strim Video Sambil Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev