• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Daimler Reitwagen - Inilah Motosikal Petrol Pertama Dunia

#RetroAuto: Daimler Reitwagen - Inilah Motosikal Petrol Pertama Dunia

May 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, motosikal pertama dunia dicipta sejak sebelum abad ke-20 tanpa ada persamaan rekabentuk seperti kebanyakan kenderaan dua roda masa kini.

Model itu dikatakan bersaiz besar dan nampak lebih rumit, dinamakan Daimler Reitwagen, dihasilkan dua pereka Jerman, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach.

BACA >>> Gottlieb Daimler: Pereka Revolusioner Rintis Standard Baru Automobil Moden
BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?

Dua pereka itu menggunakan petrol sebagai bahan bakar untuk menggerakkan enjin. Malah maksud perkataan 'Reitwagen' adalah ‘menaiki tren’ atau ‘trek tunggal’.

Daimler memilih nama itu kerana rekacipta tersebut menggunakan dua roda dan bergerak atas trek tunggal. Rekacipta itu melayakkan Daimler digelar Bapa Motosikal dan kemudian secara rasmi mempatenkan hak cipta motosikal berkenaan.

daimler-with-daimler-reitwagen-motorbike-2
daimler-reitwagen-2

Daimler dan Maybach meneruskan kerja memperbaharui rekabentuk trenkuasa yang mana enjin itu turut digunakan dalam pembuatan kereta.

Kemudian pada November 1885, Reitwagen melakukan pengembaraan terbuka sejauh 5km dan individu pertama menunggang motosikal itu ialah anak Daimler sendiri. iaitu Paul Daimler. Khabarnya, Paul menunggang Reitwagen pada halaju 5-12kmj dari Cannstatt ke Unterturkheim di Stuttgart, Jerman.

Daimler di samping motosikal pertama ciptaannya.

Paul juga buat kali pertama menyebabkan enjin Reitwagen mengalami masalah panas lampu, termasuk menyebabkan pelana terbakar. Motosikal pertama itu mampu mengekstrak kuasa 0.5hp @ 600rpm dengan menggunakan frem kayu seperti basikal.

Setahun selepas debut Reitwagen, produk kereta pula dihasilkan, iaitu pada Januari 1886 yang juga dikaitkan dengan penciptaan automobil. Dengan bantuan Karl Benz, Gottlieb Daimler muncul sebagai salah seorang pencipta kenderaan yang terpahat dalam sejarah dunia.

BACA >>> Geely Kini Pemegang Saham Terbesar Daimler
BACA >>> Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart
BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand

SUMBER: Kompas

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Auto Retro, Daimler Reitwagen, gottlieb daimler, Motosikal Petrol Pertama Dunia, Retro Auto, roda2, tahukah anda, Wilhelm Maybach

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev