• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Amerika Perkenal Honda HR-V (2023), Guna Platform Civic FE!

Amerika Perkenal Honda HR-V (2023), Guna Platform Civic FE!

April 10, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN saja Civic, Honda sebenarnya ada sebuah lagi ayam tambatan, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) HR-V. Kebelakangan ini, Honda bersungguh mahu mengetengahkan model itu sebagai produk global.

Contohnya, hanya HR-V hibrid ditawarkan di Eropah dan Honda juga bakal memperkenalkan HR-V versi elektrik di sana. Di negara lain seperti Indonesia, HR-V ditawarkan dengan enjin 1.5L Turbo yang dikatakan bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Lain pula cerita di Amerika Syarikat (AS). Honda baru saja memperkenalkan HR-V (2023) dengan rekabentuk jauh berbeza. Menariknya SUV itu dibina berasaskan platform Civic generasi ke-11 serba baharu!

Sebagai rujukan, SUV popular, Toyota Corolla Cross dibangunkan menggunakan platform TNGA-C yang digunakan untuk C-HR dan Corolla. Walaupun tidak banyak maklumat, tetapi berikut adalah ciri HR-V (2023) versi AS yang dikongsikan:

BACA >>> Honda Malaysia Bakal Lancar Lebih Banyak Model Canggih, Tawar Insentif Pembiayaan

  • Rekabentuk cenderung kepada cita rasa pengguna AS.
  • Adunan gaya konservatif atau selamat dengan gril dan bampar depan menonjol.
  • Gaya sisi nampak lembut, tiada garis bahu dan badan keras.
  • Lampu belakang nampak seperti gaya Acura.
  • Tanpa roof molding hasil daripada penggunaan teknologi laser-brazing.

  • Cermin sisi dipindahkan dari pilar-A ke pintu.
  • Wiper cermin disorok bawah bonet.
  • Lebih besar daripada HR-V sebelum ini, dan berada dalam segmen-C.
  • Ada ruang mencukupi dan utiliti untuk kegunaan hujung minggu yang menjadi ciri gaya hidup pengguna AS.
  • Maklumat enjin belum didedahkan. Mungkinkah enjin 1.5L Turbo atau 2.0L i-VTEC, ataupun versi hibrid.

Apa lagi menarik? Honda mengesahkan HR-V (2023) versi AS ini akan dibawa ke pasaran global lain. Rasanya tiada masalah kerana HR-V sedia ada berada dalam segmen-B yang berbeza.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Indonesia, Ada Varian Turbo RS, Harga Mula RM104k
BACA >>> Honda EX-5 Fi Edisi Terhad (2022) Lancar, Hanya 2,000 Unit, RM5.1k Sahaja!

Related

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover, Honda, Honda HR-V, Honda HR-V 2023, Honda USA, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my