• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Kekal Raja SUV, MPV Malaysia Sepanjang Mac 2022

Proton Kekal Raja SUV, MPV Malaysia Sepanjang Mac 2022

April 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRESTASI jualan kenderaan Proton menunjukkan peningkatan positif apabila merekodkan jualan 13,028 unit kenderaan termasuk eksport sepanjang bulan lalu (Mac 2022). Jika dibandingkan catatan bulan terdahulu, Proton merekodkan kenaikan jualan lebih 41 peratus.

Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini (Januari-Mac), Proton menjual 26,706 unit kenderaan selepas berdepan pelbagai cabaran industri. seperti vendor terjejas akibat banjir, gangguan logistik dan masalah kekurangan cip.

BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, X50 Catat 100k Tempahan Terkumpul
BACA >>> X70 Azhan Jerking, Proton Beritahu Lambat Sebab Tunggu Alat Ganti dari China

Di sebalik pelbagai gangguan pengeluaran, Proton masih mampu melakar sejarah baharu apabila mencatat jualan 6,422 unit Saga (termasuk eksport) pada Mac lalu, iaitu rekod terbaik pengeluar itu sejak November 2013.

Menyentuh mengenai aspek eksport, Proton juga mencipta rekod eksport tertinggi dalam tempoh 108 bulan dengan kiriman 794 unit kenderaan pelbagai model ke luar negara sepanjang bulan lalu.

BACA >>> Proton Catat Jualan Bulanan Tertinggi Sejak 7.5 Tahun, Saga Paling Laris

Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 690 unit daripada jumlah keseluruhan eksport suku pertama ialah 1,117 unit.

Proton juga menguasai tiga segmen kenderaan tempatan menerusi X70, X50 dan Exora. Prestasi Persona dan Iriz pula kurang memberangsangkan apabila menduduki ranking ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

BACA >>> Proton Siar Memo 'Tenangkan' Pengguna Pakistan Punca Program CKD Tergendala

Statistik Jualan Model Proton Sepanjang Mac 2022

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Tiga bulan pertama 2022 sangat mencabar bagi Proton dan pelanggan kami. Isu pengeluaran berterusan menindas potensi sebenar kami mengakibatkan senarai menunggu (lebih) panjang.

"Bekalan alat ganti dan jumlah pengeluaran mula stabil pada Mac tetapi, kami menjangka beberapa lagi gangguan dalam beberapa bulan akan datang apabila industri lain meningkatkan pengeluaran mereka.

“Bagaimanapun, sepanjang tahun ini, Proton masih bermatlamat mencapai sasaran kami dengan kerjasama daripada vendor dan pengedar, melancarkan rangkaian bekalan untuk menyampaikan kereta kepada pelanggan. Kami juga menunjukkan perkembangan dalam menyelesaikan isu selepas jualan dan syarikat yakin boleh pulih dengan kukuh pada suku berikutnya.”

BACA >>> Projek CKD Proton Pakistan Ditangguh, Netizen Kecewa Kena Tunggu Lama
BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, X50 Catat 100k Tempahan Terkumpul
BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!

SUMBER: Proton

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jualan Mac 2022, Model Kereta Paling Laris Mac 2022, Proton, Proton Saga, Raja SUV Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my