• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda NT1100, ADV350 Menang (Lagi) Anugerah Red Dot 2022

Honda NT1100, ADV350 Menang (Lagi) Anugerah Red Dot 2022

April 4, 2022 By Aryon Leave a Comment

471
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA pernah menerima Anugerah Red Dot Design pada 2020 untuk superbike perdana CBR1000RR-R Fireblade SP, dan kemudian menyusul dengan Forza 2021 untuk anugerah sama, setahun kemudian.

Terbaharu Honda menggondol lagi anugerah sama yang kali ini dicapai menerusi dua model, sport-tourer NT1100 dan skuter advencer ADV 350.

BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

NT1100 didedahkan pada Oktober tahun lalu dengan beberapa foto render digital mendakwa model berasaskan Africa Twin itu mengetengahkan profil bagasi lebih langsing dan bentuk badan lebih kemas, selain menampilkan fungsi dan bentuk lebih seimbang, serta rekabentuk moden yang menumpukan aspek keselesaan dan gaya.

Pendekatan itu nyata berbaloi apabila rekabentuk model baharu Honda itu menarik perhatian pembeli dan pengkritik. Direka Maurizio Carbonara di pusat kajian dan pembangunan (R&D) Honda di Rom, Itali, NT1100 mendapat sentuhan yang menerapkan falsafah keselesaan proaktif.

Ketua Pegawai Operasi (COO) di Pusat Rekabentuk dan R&D Honda, Toshinobu Minami berkata;

Kami senang menerima Anugerah Rekabentuk Produk Red Dot bagi semua barisan produk Honda, Motosikal, Automobil dan Produk Kuasa buat kali pertama.

"Kami yakin ini ialah jhasil daripada merealisasikan hasrat Honda untuk melayani pengguna dengan teknologi, idea dan rekabentuk menerusi produk kami, yang sudah menjadi prinsip utama sejak penubuhan syarikat ini. Kami akan terus menyahut cabaran untuk memberikan kejutan dan keterujaan kepada pelanggan."

ADV 350 dikatakan mengambil ilham daripada kejayaan Forza 750 yang memenangi anugerah sama. Namun, skuter kapasiti sederhana itu menawarkan jarak lega bumi lebih baik, termasuk menambah jarak travel suspensi kedua-dua roda.

BACA >>> Honda ADV 350 (2022) Lancar di EICMA 2021, untuk Pasaran Amerika, Eropah Sahaja
BACA >>> Honda NT1100 (2022) Guna Platform Africa Twin, Lancar di Eropah, Harga Mula RM68.7k

Related

471
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anugerah Red Dot 2022, Honda ADV 350 (2022), Honda NT1100 (2022), Maurizio Carbonara, Red Dot Award, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my