• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Touch 'n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

Touch 'n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

April 4, 2022 By Farah Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KUMPULAN Touch 'n Go (TnG) memperkenalkan perkhidmatan terbaharu GOpinjam, iaitu program pinjaman peribadi digital inklusif yang disediakan menerusi aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet.

Menerusi GOpinjam, pengguna berpeluang mendapatkan pinjaman peribadi bermula RM100 hingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula fleksibel antara seminggu hingga setahun pada kadar faedah 8 peratus.

e-wallet-tng
gopinjam-tng-ewallet-1

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TnG, Effendy Shahul Hamid berkata, syarat pinjaman sangat mudah yang mana pelanggan perlu menpunyai pendapatan bulanan minimum RM800.

GOpinjam mendapat kerjasama CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan semua pengguna yang kali pertama mahu membuat pinjaman perlu menampilkan slip gaji sebulan atau penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini berserta maklumat asas permohonan pinjaman.

Kelulusan pinjaman akan dimaklumkan pada keesokan hari selepas permohonan dibuat. Kepada pemohon yang lulus, dana  akan dimasukkan dalam Touch ‘n Go eWallet atau akaun CIMB. TnG mensasarkan pinjaman hingga RM300 juta berdasarkan jumlah tinggi pelanggan dan transaksi Touch 'n Go eWallet yang memberangsangkan.

GOpinjam menawarkan solusi pinjaman digital pertama selepas memperkenalkan perkhidmatan kewangan dalam pelaburan dan insurans sebelum ini.

BACA>>> Kad TnG Bakal Lebih Canggih, Boleh Terus Tambah Nilai Guna Teknologi NFC
BACA>>> Bukan Kerajaan, Tetapi TnG yang Tetapkan Harga Tag RFID

SUMBER: TheSunDaily

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, eWallet Touch n Go, Gopinjam, Sistem Touch N Go RFID, Tawar pinjaman, TnG, Touch 'n Go (TNG), Touch ‘n Go eWallet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev