KERAJAAN kini sedang menimbang memansuhkan ciri daftar masuk (check-in) daripada aplikasi jejak MySejahtera untuk terlebih dahulu menilai situasi jangkitan selepas sempadan negara dibuka sepenuhnya bulan ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan akan memantau mobiliti dan paten jangkitan untuk beberapa minggu sebelum membuat sebarang keputusan.
Kita mahu lihat, dengan pembukaan semula sempadan dan juga pengecualian yang diberikan bermula 1 April sekirang jika ada sebarang perubahan dalam paten mobiliti, dan juga paten jangkitan selama beberapa minggu. Jika tidak perubahan signifikan, kita boleh berhenti.
"Saya mahu tunggu sebentar, Apabila sempadan dibuka semula dan pengecualian bulan puasa, saya mahu lihat jika ada perubahan dalam mobiliti dan juga jangkitan, di mana ia berlaku. Semua perkara itu, kita masih ada dalam data MySejahtera.
"Jika tidak banyak berubah, kita boleh mansuhkannya."
Khairy berkata demikian dalam Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan MyVIFiter 1.0 (WOPAD) 2022 di Putrajaya.
Leave a Reply