• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anak Kena Gangguan Seksual, Bapa Lempang Pemandu Van Sekolah

Anak Kena Gangguan Seksual, Bapa Lempang Pemandu Van Sekolah

March 31, 2022 By Farah Leave a Comment

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VIDEO seorang bapa bersemuka seorang pemandu van yang dipercayai melakukan gangguan seksual kepada anaknya ketika dalam perjalanan ke sekolah kini tular di media sosial.

Dalam klip video dimuat naik akaun Facebook Tuan Amir Danau, yang juga bapa murid berkenaan, pemandu van dilihat ketakutan kerana dimarahi, termasuk ditampar sekali hingga membuatkan suspek mengaku salah memohon maaf.

Dalam status dimuat naik bersama, bapa tersebut mendakwa anaknya menghantarkan mesej kepada isterinya untuk meminta orang lain menghantarnya ke sekolah kerana kurang selesa dengan pemandu berkenaan.

Aku panggil anak aku, aku suruh cerita. Menangis-nangis dia cerita. Katanya dia orang pertama yang driver ni ambik pukul 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan.

"First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi. Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.

"Dia kata jangan risau. Takda apa-apapun. Dia tanya anak aku, ada nombor WhatsApp tak? Dia bagi keychain ada nombor WhatsApp dia. Dia kata nanti add-lah. Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat Cadbury pulak," katanya.

Bengang mendengar hal tersebut, dia kemudian bertanyakan kepada pemandu lain yang memperkenalkan pemandu van itu. Rupanya sebelum ini pun pernah ada kes serupa, tetapi melibatkan ibu kepada budak sekolah. Malah, isterinya juga sering disuruh melakukan panggilan video.

Tidak mahu peristiwa sama berulang kepada orang lain, Tuan Amir Danau memaklumkan sudah membuat laporan polis dan berharap ibu bapa lain mengambil ikhtibar.

BACA>>> Ubah Suai Stereng Asal Jadi Macam Kereta F1, Pemilik Myvi Ini Sengaja Cari Nahas!
BACA>>> Myvi Buat 'Dek' Lampu Merah Nyaris Langgar Murid Sekolah

Related

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bapa, Gangguan Seksual, pemandu van, pemandu van miang, van sekolah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my