• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Perkenal Mesin Buat Nombor Plat Kedua, Khas untuk Motosikal

Filipina Perkenal Mesin Buat Nombor Plat Kedua, Khas untuk Motosikal

March 31, 2022 By Aryon Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FILIPINA memperkenalkan mesin pembuat nombor plat yang bakal memudahkan proses pendaftaran kenderaan dua roda dimiliki pemilik motosikal negara itu.

Mesin nombor plat automatik kedua kini mula beroperasi sebagai sebahagian usaha Jabatan Pengangkutan Darat (LTO) memodenkan dan melancarkan pengedaran nombor pendaftaran kenderaan seluruh negara.

BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

Robot pembuat nombor plat baharu itu dikhaskan untuk menghasilkan nombor pendaftaran motosikal, juga mesin kedua diperoleh LTO untuk Fasiliti Pembuatan Plat (PMF) di Bandar Quezon. Mesin pertama sebelum ini dikhaskan untuk menghasilkan plat kenderaan bermotor.

Menurut LTO, mesin tersebut memiliki keupayaan menera (stamping) 450 plat motosikal per jam dengan cekap dan sistematik, atau 3,600 plat dalam masa syif lapan jam sehari, serta 7,200 plat sehari untuk dua syif.

Mesin tersebut akan dikendalikan dua kakitangan LTO, dan mampu menghasilkan 158,400 plat motosikal sebulan dalam dua syif sehari.

Setiausaha Pengangkutan, Arthur Tugade berkata, mesin baharu itu dapat membantu mempercepatkan proses menera plat nombor pendaftaran kenderaan untuk kira-kira 10 juta nombor plat.

Ini kali pertama kita ada robot teknologi tinggi yang menghasilkan plat, dan ini kali pertama kita sudah ada dua. Dengan IDe-Robot, agihan nombor plat untuk pengguna akan dapat dipantaskan."

BACA >>> Geely Perkenal Coolray Sport Limited di Filipina 1,000 Unit Sahaja, Harga RM100k!
BACA >>> Filipina Kuat Kuasa Standard Baharu Nombor Plat Motosikal dengan Ciri Kod Bar, RFID
BACA >>> Geely Emgrand Lancar di Filipina, Harga Mula RM64k!

SUMBER: MotoPinas

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, IDe-ROBOT, Jabatan Pengangkutan Darat (LTO), Land Transportation Office (LTO), Mesin Pembuat Nombor Plat, nombor pendaftaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev