TULAR di media sosial rakaman kamera pemuka (dashcam) pemandu Perodua Myvi merempuh seorang penunggang motosikal hingga melambung atas kenderaan itu di Jalan Kuala Ketil, Kampung Jerong, Sungai Petani.
Menerusi rakaman itu, Myvi tersebut dipandu terhuyung-hayang sebelum tiba-tiba menghimpit ke kiri di laluan kecemasan seterusnya merempuh seorang penunggang motosikal dan penghadang jalan.
BACA >>> Pemandu Maut, Myvi Terjunam Masuk Cerun
Impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa melambung hingga tertanggal helmet dan tercampak. Bagaimanapun tidak kelihatan badan mangsa jatuh atas jalan raya, kemungkinan jatuh di sebelah dalam pengadang jalan.
Mungkin sebab terkejut atau panik, pemandu Myvui tersebut tidak terus membrek dan hanya berhenti beberapa meter di depan. Menurut netizen, mangsa mengalami kecederaan patah jari kaki kanan, patah kaki kanan, manakala pinggang, jantung dan paru-paru mengalami pendarahan.
Netizen juga berteka-teki punca pemandu Myvi tersebut memandu secara berbahaya hingga membahayakan nyawa orang lain. Boleh jadi ralit bermain telefon bimbit, terlelap atau memang tidak nampak kelibat mangsa.
Rasa macam guna hp.. Dari awal tak stabil... Kejap tepi dan tengah...," kata Mustaqim Zait.
"Ya Allah, pemandu myvi tu mengantuk ke apa?😥," kata Luqman Hazim.
"Mungkin tertidur atau main telefon... Bahaya sungguh orang macam ni bawa kereta," kata Rashid Samad.
BACA >>> Myvi Parkir Sesedap Rasa Kena Conteng
BACA >>> Ubah Suai Stereng Asal Jadi Macam Kereta F1, Pemilik Myvi Ini Sengaja Cari Nahas!
Leave a Reply