• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Syarikat UAE Perkenal e-Skuter Khas untuk Cabaran Timur Tengah, Barq Rena Max (2023)!

Syarikat UAE Perkenal e-Skuter Khas untuk Cabaran Timur Tengah, Barq Rena Max (2023)!

April 10, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Barq memperkenalkan skuter elektrik (e-skuter) dinamakan Rena Max (2023) yang direka untuk mengatasi masalah ketidakcekapan kos dan produktiviti rendah dalam pasaran penghantaran destinasi akhir (last mile).

Malah, bukan calang-calang syarikat di sebalik rekabentuk e-skuter itu. Rena Max (2023) menadapat sentuhan firma rekabentuk dan kejuruteraan CALLUM, dan antara pengasasnya ialah pereka automotif terkenal, Ian Callum. Antara hasil kerja beliau sebelum ini ialah Aston Martin Vanquish, Vantage and DB9, Jaguar F-Type, F-PACE, XJ and I-PACE.

Skuter elektrik itu juga dibangunkan dengan kerjasama restoran, Americana dan platform penghantaran, Jahez.

Rena Max (2023) menggunakan bateri boleh ganti 5.6kWh dan motor elektrik 9kW, manakala jarak tunggang hingga 150km dengan kelajuan maksimum 97kmj. Skuter ini juga mempunyai gear undur, pelbagai mod tunggang dan panel meter skrin sentuh 8 inci. Berikut ciri Rena Max:

  • Direka khas untuk tunggangan di Timur Tengah dan Afrika (MEA).
  • Mengandungi pelbagai inovasi seperti penyejukan bateri, Internet Benda (IoT) dan perisian khas.
  • Warna badan Classic Theme dan Sustainable yang kalis ultra ungu (UV).
  • Tayar tiubles 13 inci dan 14 inci.

  • Material grip hendal jenis poliuretana biru berongga dengan pelana biru vinil corak berlian yang lebih sejuk disentuh.
  • Mod tunggangan: Eco, City, Sport dan gear undur.
  • Kotak barang mempunyai sistem kunci kawalan elektronik dengan log dan boleh mengesan situasi buka dan tutup untuk ekstra keselamatan.
  • Kotak barang saiz 79 liter dengan sistem cagakan Givi. Kotak penyejuk 9 liter dan ruang simpanan 5 meter di depan.
  • Berdasarkan maklum balas penunggang, posisi tunggangan ditambah baik untuk keselesaan dengan pelana bertekstur khas bagi mengurangkan kepanasan untuk tunggangan masa lama.
  • Sambungan port USB dan lampu siang (DRL) LED.

Dalam menghasilkan skuter itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Barq, Abdallah Abu Sheikh (foto atas kanan) mempunyai pandangan dan pegangan menarik;

Sehingga kini pengeluar tidak membangunkan kenderaan khas untuk wilayah sini. Kami jadi pengguna teknologi binaan Barat dan China yang tidak memenuhi keperluan dan cabaran tepat rantau ini secara holistik.

"Peluang dalam mobiliti ringan sangat besar peringkat dunia, kami mahu ambil langkah pertama melalui kenderaan yang dibina khas untuk Timur Tengah dan Afrika dan kami sudah mengumpulkan individu terbaik untuk melakukannya.

Operasi kami sangat fleksibel (nimble) dan Rena Max berjaya dibangunkan dalam masa beberapa bulan selepas menganalisis pengalaman penunggang dan sejumlah data daripada platform atas permintaan (on demand).

"Hasilnya mengkagumkan - ini Tesla dunia skuter. Sesuai digunakan untuk tujuannya dengan fokus pada pengalaman pengguna dan kecekapan operasi. Skuter baharu ini bukan setakat meningkatkan kerja harian penunggang, tetapi juga kualiti penghantaran.

"Masa henti (down time) dapat ditangani dengan kaedah tukar bateri yang mana penunggang dan platform servis boleh mencapai objektif kemampanan tanpa hilang masa berharga untuk pengecasan."

Pengeluaran Rena Max (2021) dijadualkan bermula lewat 2022 dan Barq menjangka mengeluarkan 50,000 unit skuter tersebut menjelang 2025 untuk pasaran UAE, Arab Saudi dan Mesir yang juga pasaran motosikal komersial terbesar dunia. Syarikat kurier juga boleh memajak Rena Max menerusi platform penghantaran dan syarikat pajakan dengan bayaran langganan bulanan rendah.

Barq setakat ini berjaya menarik minat beberapa pemain industri terbesar rantau itu.

BACA >>> e-Skuter Yamaha EMF (2022) Diperkenal di Taiwan dengan Bateri Boleh Ganti
BACA >>> e-Skuter Malaysia Eclimo ES-11 Mampu Ditunggang 100km, Kos Cas Cuma RM2!

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Abdallah Abu Sheikh, Barq, Callum, e-Skuter, EV, Ian Callum, Rena Max, roda2, skuter, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my