• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha MT-09 Cyber Rally (2022) Diperkenalkan di Osaka

Yamaha MT-09 Cyber Rally (2022) Diperkenalkan di Osaka

March 30, 2022 By Wahid Leave a Comment

551
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA MT-09 terkini ialah model yang direkabentuk semula berserta enjin dinaik taraf. Tetapi rekabentuk motosikal naked baharu ini mendapat pendapat berbeza antara suka dan tidak. Ada berpendapat ia menonjolkan karakter motosikal agresif, tetapi ada mendakwa semacam tidak lengkap.

Jadi mungkinkah Yamaha mempamerkan model MT-09 dinaik taraf yang digelar MT-09 Cyber Rally (2022) di Pameran Motosikal Osaka, baru-baru ini?

BACA >>> Yamaha MT-09 (2022) Lancar di Malaysia dengan Ciri Terkini, Harga RM54.9k

Yamaha berkata, versi Cyber Rally mengambil ilham motosikal jenis 'supermoto', tetapi kami beranggapan ia lebih kepada 'streetfighter.' Ini kerana motosikal 'supermoto' ialah jentera motocross yang dinaik taraf untuk kegunaan atas jalan berturap, manakala 'streetfighter' jenis motosikal yang menonjolkan rekabentuk 'naked' agresif.

MT-09 Cyber Rally (2022) dipasangkan gad tangan yang disambungkan ke lampu depan baharu. Gad ini pula dibuat daripada gentian karbon dengan gaya potong angin, selain turut dilengkapi visor angin.

Penutup tepi radiator juga baharu dengan fungsi mengingkirkan haba ke luar dari kaki penunggang. Sistem ekzos pula ditukar kepada peredam bunyi lebih panjang, berbeza jenis yang berada di bawah enjin motosikal.

Komponen yang dipasangkan pada MT-09 Cyber Rally adalah sebahagian katalog pembekal aksesori Yamaha, Y's Gear's. Namun, Yamaha dan Y's Gear's tidak mengesahkan akan dijual kepada pemilik MT-09 sedia ada.

BACA >>> Yamaha MT-10 SP (2022) dengan Komponen Premium Lancar, Harga RM71k
BACA >>> Yamaha MT-10 ( 2022) Lancar dengan Rupa Bumblebee Berkening

Related

551
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, naked bike, Pameran Motosikal Osaka, roda2, streetfighter, Yamaha MT-09 Cyber Rally (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my