SEBUAH Perodua Myvi milik seorang wanita dikenali sebagai Zizie menjadi sensasi di media sosial gara-gara tindakannya mengubah suai stereng asal kepada bentuk seperti jentera lumba.
Pemilik Myvi itu memuat naik video sedang memandu dengan stereng yang dipotong bahagian atas dan cuma meninggalkan sedikit bucu.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material
Menurut pemiliknya, anggaran kasar memiliki steering seperti itu menelan kos RM2,500. 😱😱
Tidak dinafikan gaya stereng terpotong atas itu nampak sporty dan unik, tetapi rata-rata netizen berpendapat penggunaan stereng tersebut untuk kenderaan biasa tidak bersesuaian dari segi keselamatan dan kegunaan harian.
Stereng bulat tu untuk keselamatan. Kalau keselamatan diabaikan sudah pasti banyak pengeluar kenderaan buat stereng macam stereng basikal. Jimat material dan sudah pasti murah. Kenapa Tesla buat stereng begitu. Sebabnya harga baterinya sahaja sudah 80% harga kereta," kata Zaiazwan Mohamed Sadar Jemasa.
"Elok..tapi tak practical untuk regular road driving. Bahaya," kata Sham Sani AlPerlisi.
"Nampak cantik, tapi peratus kemalangan dia tinggi," kata Mohd Noor Azim Nasir.
"Selamat mende.. Stereng tak cukup sifat.. 🤣," kata Mael is.
Dalam pada itu, Zize menjelaskan, sebelum melakukan modifikasi tersebut, dia sudah bertanya yang ubah suai tersebut tidak menjejaskan fungsi beg udara.
Nasihat kami kepada Zizie. Ya, memang betul beg udara tidak terjejas, tetapi aspek pengendalian berisiko tinggi menyebabkan kemalangan. Kenapa pengeluar tidak menghasilkan stereng seperti jentera lumba?
Sebabnya di trek, pelumba tidak perlu melakukan aksi pusingan-U. Sebaliknya kereta biasa yang dipandu boleh dikatakan perlu berdepan laluan pusingan-U. Dalam situasi normal, mungkin tiada masalah. Tetapi bayangkan dalam situasi kecemasan yang memerlukan pemandu bertindak pantas seperti mengelak objek, anda sebenarnya meletakkan diri dalam bahaya!
Sebab itulah pelumba drift dan rali tidak menggunakan stereng jenis separuh seperti pelumba trek. Kepada Zize, insaflah!
BACA>>> Lelaki Kongsi Kos Baiki Lamborghini Sama Harga Myvi AV, Siap Bayar Tunai!
BACA>>> Tak Kasi Peluang Kena Pancung, Pemandu Myvi Ini Sanggup 'Cucuk' Masuk Bawah Lori
Leave a Reply