• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bangunkan Prototaip Stereng Kuasa Elektrik (EPS) untuk Motosikal

Yamaha Bangunkan Prototaip Stereng Kuasa Elektrik (EPS) untuk Motosikal

March 28, 2022 By Aryon Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM bantuan penunggang elektronik yang ditawarkan pengeluar motosikal masa kini semakin banyak dan rumit daripada ciri bantuan menumpukan prestasi seperti ABS Belok, Kawalan Traksi, dan bantuan mod tunggangan hingga ciri keselesaan seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Terbaharu, Yamaha merancang sesuatu yang lebih besar membabitkan sistem stereng kuasa elektrik (EPS) baharu untuk motosikal.

BACA >>> Motosikal Rali China Excelle ZF 450 LS Rally Tunggu Masa Terjah Pasaran Global


Masih di peringkat prototaip, ciptaan baharu itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Mobiliti Transformasi (TMI) dalam usaha menambah baik aspek kestabilan dan ketangkasan, terutama untuk jentera besar dan berat.

Teknologi EPS Yamaha itu menggunakan sonsor tork magnetostriktif yang berbeza daripada sistem sedia ada pada kereta dan kenderaan empat roda lain. Sistem ini memberikan fungsi dua dalam satu (2-in-1) yang membolehkan ia beroperasi sebagai damper stereng pada halaju tinggi, dan menyediakan bantuan pengendalian pada halaju rendah.

Yamaha berpendapat, usaha meningkatkan aspek kestabilan dan ketangkasan, termasuk mengurangkan  keletihan penunggang mampu menambah  tahap keseronokan, keselamatan dan keselesaan.

Aktuator EPS menggunakan sonsor tork  untuk mengubah signal elektrik kepada pergerakan fizikal dengan memberikan dunia peranan unik. Apabila menggunakan damper stereng, EPS akan mengurangkan pergerakan bar hendal yang tidak diingini pada halaju tinggi dengan menangani tekanan luar daripada permukaan jalan. Pada halaju rendah pula, ciri bantuan pengendalian akan beroperasi untuk membantu pergerakan bar hendal mengikut input penunggang.

Dalam erti kata lain sistem EPS baahru dibangunkan Yamaha ini akan memberikan bantuan pengendalian aktif, dan pada masa sama mengekalkan fiil semula jadi kepada penunggang. Sebagai sebahagian ujian dunia sebenar, teknologi ini diuji pada jentera lumba  YZ450FM (foto atas) dan YZ250FM yang beraksi dalam Kejuaraan Motocross Seluruh Jepun (AJMC).

Data diperoleh daripada ujian akan digunakan untuk membantunkan EPS yang bakal digunakan pada model pengeluaran. Selain kegunaan off-road, sistem EPS Yamaha ini juga dapat membantu menambah baik keselesaan dan keupayaan tunggangan jarak jauh motosikal jalanan seperti streetbike, cruise dan sport-tourer.

BACA >>> Italdesign Patenkan Teknologi Tali Keledar untuk Motosikal
BACA >>> Teknologi AI Akan Tentukan Siapa Layak Tunggang Motosikal di Singapura

SUMBER: RideApart

 

 

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Stereng Kuasa Elektrik (EPS), teknologi, Teknologi Bantuan Penunggang, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my